Solat Sunat Tasbih
dinamakan solat tasbih adalah disebabkan di dalamnya terdapat bacaan tasbih
iaitu sebanyak 300 kali.
KAIFIAT MELAKSANAKANNYA
Sekiranya dilakukan pada
waktu siang hari maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan satu salam.
Manakala sekiranya
dilakukan pada waktu malam maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan 2
salam.
CARA MENGERJAKANNYA
Terdapat dua cara untuk
melakukan Solat ini :
1. Sesudah kita berniat dan
bertakbir, kita membaca doa iftitah. Selanjutnya kita membaca tasbih sebanyak
15 kali . Kemudian membaca ta’awudz dan Al-Fatihah serta surah. Sesudah itu
kembali membaca tasbih sebanyak 10 kali. Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10
kali dalam rukuk, I’tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua.
2. Bacaan tasbih sebanyak
15 kali dibaca selepas membaca surah, Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10
kali dalam rukuk, I’tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua
dan pada menjelang untuk mengerjakan rakaat yang berikut.
Dan bagi rakaat terakhir maka tasbih dibaca sebelum membaca
tahiyat.
3. Surah yang biasa dibaca
ialah : Pada Rakaat 1 Surah At-Takathur (Alhakumuttakathur), Surah Al-Asr pada
Rakaat 2, Surah Al-Kafiruun Rakaat 3 dan Surah Al-Ikhlas Rakaat 4.
Perlu diingatkan kalau
sekiranya waktu siang hari bacaan tidak dibaca dengan kuat dan pada rakaat
ketiga dan keempat hanya fatihah sahaja dibaca (seperti solat zohor dan asar)
NIAT
أُصَلِّى سُنَّةَ الْتَسْبِيْحِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ
تَعَالىَ
Maksudnya : Sahaja aku
menunaikan solat sunat Tasbih 2 rakaat kerana Allah Taala.
TASBIH YANG DIBACA
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ
اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ
الْعَظِيْمِ
Maksudnya : Maha suci Allah
dan pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Besar. Tiada daya
upaya melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Agung.
JADUAL TASBIH
1. 4 Rakaat 2 Salam
WAKTU JUMLAH TASBIH
Selepas
Iftitah sebelum Fatihah 15
Sesudah surah Rakaat 1 10
Rukuk 10
I’tidal 10
Sujud 10
Duduk antara dua sujud 10
Sujud kedua 10
Selepas surah Rakaat 2 10
Rukuk 10
I’tidal 10
Sujud 10
Duduk antara dua sujud 10
Sujud kedua 10
Sebelum Tahiyyat 15
JUMLAH 150 X 2 = 300
2. 4 Rakaat 1 Salam
WAKTU JUMLAH TASBIH
Slps Iftitah sebelum Fatihah 15
Sesudah surah Rakaat 1 10
Rukuk 10
I’tidal 10
Sujud 10
Duduk antara dua sujud 10
Sujud kedua 10
Selepas surah Rakaat 2 10
Rukuk 10
I’tidal 10
Sujud 10
Duduk antara dua sujud 10
Sujud kedua 10
Sebelum Tahiyyat Awal 15
Selepas Tahiyyat Awal 15
Sesudah Fatihah Rakaat 3 10
Rukuk 10
I’tidal 10
Sujud 10
Duduk antara dua sujud 10
Sujud kedua 10
Selepas Fatihah Rakaat 4 10
Rukuk 10
I’tidal 10
Sujud 10
Duduk antara dua sujud 10
Sujud kedua 10
Sebelum Tahiyyat Akhir 15
JUMLAH 300
DOA SOLAT TASBIH
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ تَوْفِيْقَ أَهْلِ الْهُدَى
وَأَعْمَالَ أَهْلِ الْيَقِيْنَ وَمُنَاصَحَةَ أَهْلِ التَّوْبَةِ وَعَزْمَ أَهْلِ
الصَّبْرِ وَوَجَلَ أَهْلِ الْخَشْيَةِ وَطَلَبَ أَهْلِ الرَّعْبَةِ وَتَعَبُّدَ
أَهْلِ الْوَرَعِ وَعِرْفَانَ أَهْلِ الْعِلْمِ حَتَّى نَخَافَكَ .
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مَخَافَةًَ تُحْجِزُنَا
عَنْ مَعَاصِيْكَ حَتىَّ نَعْمَلَ بِطَاعَتِكَ عَمَلاً نَسْتَحِقُّ بِهِ رِضَاكَ
وَحَتَّى نُنَاصِحَكَ فِيْ التَّوْبَةِ وَخَوْفًا مِنْكَ حَتَّى نُخْلِصَ لَكَ
النَّصِيْحَةَ وَحَتَى نَتَوَكَّلَ عَلَيْكَ فِيْ اْلأُمُوْرِ كُلِّهَا وَحَتَّى
نُحْسِنَ الظَّنِّ بِكَ ، سُبْحَانَ خَالِقِ النُّوْرِ.
Ya Allah, ya Tuhan kami,
kami memohon taufik daripada-Mu sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri
petunjuk dan jadikan amalan kami ini seperti mana amalan ahli yakin dan
jadikanlah kami dari golongan orang yang menerima nasihat orang-orang yang
bertaubat dan keazaman kami seperti mana orang-orang yang sabar dan gementar
kami seperti mana orang-orang yang takut dan kami memohon seperti mana
permohonan orang yang suka kepada kebaikan dan beribadat seperti orang-orang
yang warak dan jadikanlah pengetahuan kami ini sebagai ahli-ahli yang berilmu
sehingga kami termasuk ke dalam orang yang takut kepada Engkau.
Ya Allah, kami memohon
kepada-Mu, jadikan kami golongan yang takut yang menghalang kami daripada
melakukan maksiat sehinggalah kami beramal dengan taat kepada-Mu amalan yang
kami merasakan perlu mendapat keredhaan-Mu dan juga sehingga kami
bersungguh-sungguh pada bertaubat serta takut kepada-Mu dan juga sehingga kami
betul-betul ikhlas dan tawakal kepada-Mu dalam setiap perkara dan supaya kami
menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau, Maha Suci Engkau sebagai
Pencipta.