Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

6.9.10

Kebenaran Di Sebalik Penipuan Dan Kebetulan

Posted by Khalil Khusory Zainol 12:06 AM, under | 1 comment

http://bisnesjihad.blogspot.com/Perkongsian ilmu ini di ambil dari http://aulakalimah.blogspot.com/

Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas. Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kac televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya? sila lihat sendiri videonya di link ini

http://www.youtube.com/watch?v=YKN5jW8WJ9Y



,Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.







Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingk...ap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran.









Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
Pokok Krismas - Simbol Paganism









Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian
Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.
Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.







Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang 'menyalib' setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?




Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.




Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..



Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..





Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. 


Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran:



 "Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka" (2:120).

4.9.10

Tanamkan Sifat Ithsar Dalam Diri

Posted by Khalil Khusory Zainol 12:51 AM, under | No comments

Didiklah diri agar mempunyai sifat ithsar iaitu mengutamakan orang lain melebihi diri sendiri.As-syahid Imam Hassan Al-Banna pernah menyebut,'' Serendah-rendah ukhwah ialah berlapang dada terhadap saudaramu.Setinggi-tinggi ukhwah ialah ithsar (melebihkan orang lain mendahului diri sendiri ).


Indahnya Ukhwah jika dihiasi sifat Ithar



Alangkah indahnya suasana di kawasan stesyen Komuter sekiranya setiap orang memiliki sifat tersebut.Maka tiadalah kejadian tolak-menolak dan sebagainya.


Kejadian tolak-menolak berlaku ketika aku dalam perjalanan ke Klang dengan menaiki tren komuter.Seorang perempuan telah ditolak lalu melanggar beg pakaianku dan hampir jatuh dari dalam tren.Aku ingin memohon maaf sekiranya akulah puncanya perempuan tersebut jatuh.


Aku sebenarnya cuba belajar mengutamakan orang lain.Dengan sebab itulah aku telah terlepas tren sebanyak 2 kali akibat orang terlalu ramai.


Kejadian tolak-menolak tersebut hampir sama suasananya ketika aku mengerjakan umrah pada bulan 4 2010 yang lepas.Tolak-menolak untuk mencium Hajarul Aswad.Ketahuilah,berebut-rebut melakukan sesuatu kemudian anda dapat melakukannya berbanding anda bersabar kemudian anda dapat melakukannya adalah suatu perkara yang berbeza.


Realiti sekarang
Anda akan mendapat kepuasan dan ketenangan sekiranya anda bersabar terlebih dahulu.Apa akan terjadi sekiranya anda tidak bersabar?sudah tentu akan membuat orang lain tidak senang hati dengan sikap anda dan mungkin anda akan mendapat balasan akibat pelakuan kasar terhadap orang lain.Anda mesti tidak suka jika orang lain buat perkara buruk terhadap anda..


Sama-sama kita renungkan..

30.8.10

Kita Kekenyangan

Posted by Khalil Khusory Zainol 4:13 AM, under | No comments

Tanpa kita sedari,selama ini kita hidup dalam kemewahan,kesenangan.Saya yakin,mungkin dengan kemewahan,kesenangan membuatkan kita berada di 'zon selesa' ,walaupun ada sesetengah orang yang tidak bahagia,bahkan lebih tertekan walaupun hidup penuh dengan kekayaan.

sekadar gambar hiasan


Sedarlah semua,segala kekayaan,kemewahan dan kesenangan tersebut mungkin tidak pernah dicapai oleh sesetengah golongan.Sekarang anda mungkin dalam kekenyangan,setelah berbuka puasa dengan bermacam-macam juadah,ayam golek,kambing goreng,roti john dan lain-lain.Di tambah pula dengan moreh dan pulang ke rumah menghabiskan sisa-sisa makanan yang belum habis.

Nikmat Kemiskinan

sekadar gambar hiasan
Orang yang hidup dalam keadaan sederhana,hatinya lebih tenteram,malah lebih bersyukur.Tidak risau barang-barang berharga dicuri orang,tidak risau membayar bil dan lain-lain.Teringat saya akan cerita Jepun yang pernah di 'khatam' sebanyak 10 episod iaitu cerita 'Yamada Taro Tale ' .Mungkin ada yang pernah tengok.
Menceritakan tentang seorang pemuda bernama Yamada yang cemerlang dalam pelajaran terpaksa menyara adik-adiknya seramai 6 orang,ibunya suri rumah dan ayahnya seorang pelukis merantau ke seluruh negara.Rumahnya yang buruk dikelilingi rumah-rumah besar.Siang belajar,malam bekerja.Hidup mereka ibarat 'kais pagi makan pagi,kais petang makan petang'.

Yang menariknya,adik-adik Yamada tidak pernah merungut akan kemiskinan mereka.Ukhwah ditunjukkan ketika mereka bersama-sama makan malam.Sifat ithar (mengutamakan orang lain) dalam cerita ini perlu dicontohi.

Realiti Kemiskinan


Allah telah menemukan saya akan sebuah keluarga yang hampir sama dengan cerita tersebut.Sebuah keluarga di Wangsa Maju,menginap di sebuah rumah usang yang tidak dijaga oleh tuannya.Alhamdulillah,mendapat belas ihsan oleh pemilik rumah tersebut untuk menginap.Mempunyai anak 6 orang..Suaminya tukang kayu.Setiap pagi ibunya menghantar anaknya ke sekolah dengan basikal.

Keluarga tersebut bertuah apabila dikelilingi oleh jiran yang prihatin.Saya yakin,sepanjang Ramadan kali ini,keluarga tersebut dapat menikmati juadah berbuka puasa secukupnya.Mudah-mudahan.

Perbanyakkan Sedekah


Sempena bulan Ramadan ini,sama-samalah kita perbanyakkan sedekah.Walaupun senyum itu satu sedekah,janganlah kita kedekut.Tapi jangan lah sebulan berpuasa,maka sebulanlah sedekah senyum.memang tak patut.

Sambil-sambil membeli juadah berbuka,cubalah ingat akan jiran-jiran anda yang susah.Sebuah hadis yang berbunyi :

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhani r.a,Nabi s.a.w bersabda ; ''Siapa yang memberi makanan kepada seseorang untuk berbuka puasa,nescaya ia mendapat ganjaran yang sama dengan orang yang berpuasa itu.'' (Riwayat al-Tirmizi).

memberi lebih baik dari menerima


Semoga puasa kali ini lebih baik dari puasa-puasa sebelumnya.Kumpullah sebanyak pahala sebagai bekalan di akhirat kelak

18.9.09

Renungan : Cermin Akhlak

Posted by Khalil Khusory Zainol 3:10 PM, under | No comments

Selawat dan salam untuk Rasulullah s.a.w,keluarga serta sahabat baginda.

Cermin akhlak orang beriman terpamer pada tingkah laku sehariannya.Tiada guna berpura-pura kerana segala sikap buruk Cuma boleh disembunyi dari manusia,sedangkan ia tetap dalam Perhatian Allah.Menyembunyi sifat buruk berupa tindakan menzalimi diri sendiri.

Firman Allah ; “Mereka menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada manusia,dalam pada itu mereka tidak menyembunyikan daripada Allah.Padahal Allah bersama-sama mereka,ketika mereka merancang pada malam hari,kata-kata yang tidak diredhai Allah.Dan (ingatlah) Allah sentiasa Meliputi Pengetahuan-NYA akan apa yang mereka lakukan.” (An-Nisaa’ : 108)

Bagaimana pula dengan diri kita ?
Tanyalahsejujurnya pada hati kita yang bersih dan tenang.Berapa banyakkah kezaliman yang telah kita lakukan terhadap diri sendiri,akibat janji-janji yang tak pasti?
Wallahualam….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...