Tanpa kita sedari,selama ini kita hidup dalam kemewahan,kesenangan.Saya yakin,mungkin dengan kemewahan,kesenangan membuatkan kita berada di 'zon selesa' ,walaupun ada sesetengah orang yang tidak bahagia,bahkan lebih tertekan walaupun hidup penuh dengan kekayaan.
sekadar gambar hiasan |
Sedarlah semua,segala kekayaan,kemewahan dan kesenangan tersebut mungkin tidak pernah dicapai oleh sesetengah golongan.Sekarang anda mungkin dalam kekenyangan,setelah berbuka puasa dengan bermacam-macam juadah,ayam golek,kambing goreng,roti john dan lain-lain.Di tambah pula dengan moreh dan pulang ke rumah menghabiskan sisa-sisa makanan yang belum habis.
Nikmat Kemiskinan
sekadar gambar hiasan |
Menceritakan tentang seorang pemuda bernama Yamada yang cemerlang dalam pelajaran terpaksa menyara adik-adiknya seramai 6 orang,ibunya suri rumah dan ayahnya seorang pelukis merantau ke seluruh negara.Rumahnya yang buruk dikelilingi rumah-rumah besar.Siang belajar,malam bekerja.Hidup mereka ibarat 'kais pagi makan pagi,kais petang makan petang'.
Yang menariknya,adik-adik Yamada tidak pernah merungut akan kemiskinan mereka.Ukhwah ditunjukkan ketika mereka bersama-sama makan malam.Sifat ithar (mengutamakan orang lain) dalam cerita ini perlu dicontohi.
Realiti Kemiskinan
Allah telah menemukan saya akan sebuah keluarga yang hampir sama dengan cerita tersebut.Sebuah keluarga di Wangsa Maju,menginap di sebuah rumah usang yang tidak dijaga oleh tuannya.Alhamdulillah,mendapat belas ihsan oleh pemilik rumah tersebut untuk menginap.Mempunyai anak 6 orang..Suaminya tukang kayu.Setiap pagi ibunya menghantar anaknya ke sekolah dengan basikal.
Keluarga tersebut bertuah apabila dikelilingi oleh jiran yang prihatin.Saya yakin,sepanjang Ramadan kali ini,keluarga tersebut dapat menikmati juadah berbuka puasa secukupnya.Mudah-mudahan.
Perbanyakkan Sedekah
Sempena bulan Ramadan ini,sama-samalah kita perbanyakkan sedekah.Walaupun senyum itu satu sedekah,janganlah kita kedekut.Tapi jangan lah sebulan berpuasa,maka sebulanlah sedekah senyum.memang tak patut.
Sambil-sambil membeli juadah berbuka,cubalah ingat akan jiran-jiran anda yang susah.Sebuah hadis yang berbunyi :
Daripada Zaid bin Khalid al-Juhani r.a,Nabi s.a.w bersabda ; ''Siapa yang memberi makanan kepada seseorang untuk berbuka puasa,nescaya ia mendapat ganjaran yang sama dengan orang yang berpuasa itu.'' (Riwayat al-Tirmizi).
memberi lebih baik dari menerima |
Semoga puasa kali ini lebih baik dari puasa-puasa sebelumnya.Kumpullah sebanyak pahala sebagai bekalan di akhirat kelak
0 Maklumbalas:
Post a Comment