Pengenalan
Sudah lama tidak mencuci blog nie dengan artikel2 baru. Agak
kesibukan dengan tesis dan fatrah imtihan. Alhamdulillah kali nie berpeluang
untuk berkongsi serba ringkas pengalaman diri yang hina ini mewakili negara
Malaysia ke ‘’The 3RD Muslim Students International Glorious Quran
Memorization And Recitation Competition di Mashhad,Iran.
Sebenarnya saya tidak percaya apabila diberitahu oleh ustaz
bahawa saya akan mewakili Negara Malaysia ke pertandingn tersebut. Mana mungkin
ilmu saya yang masih cetek dan ‘mentah’ nie dapat mewakili negara,padahal ramai
lagi sahabat-sahabat seluruh Malaysia yang lebih berkelayakan.
|
Surat Tawaran yang diterima |
Doa Dimakbulkan
Namun,saya percaya Allah telah mengabulkan doa ketika
mengerjakan umrah pada April 2010 yang lepas. Ya,ketika mengerjakan
umrah,banyak doa yang dipohon. Bersyukur juga kerana banyak juga doa yang telah
Allah makbulkan. Antara doa yang dipinta,dimurahkan rezeki,umur dan kesihatan yang baik sluruh keluargaku dan banyak lagi. Turut berdoa ‘ Moga aku diberi peluang merasai pengalaman
Tilawah Al-Quran di peringkat negeri,kebangsaan dan antarabangsa.
Pulang dari umrah,saya mendapat
berita yang saya berjaya melepasi tahap saringan tilawah al-Quran peringkat
daerah yang telah diadakan sebelum saya bertolak mengerjakan umrah dengan mendapat tempat ke-2 . Hanya Johan dan
Naib Johan sahaja yang akan ke peringkat negeri Perlis bertemu Johan Menunggu.
Alhamdulillah dalam pertandingan peringkat negeri saya mendapat tempat ke-2 .
|
Bersama sahabat - Umar Mukhtar |
Tidak lama selepas tu,saya mendapat
lagi tawaran untuk mewakili perlis ke peringkat kebangsaan di Terengganu
anjuran Belia. Namun,ustaz Darul Quran melarang saya untuk mewakili negeri atas
sebab masih belum menghatamkan Al-Quran. Agak kehampaan juga,namun apakan daya.
Jadi,saya mengambil keputusan untuk mencari pengganti. Rasa rugi kalau perlis
tak hantar wakil. Nampak keceriaan di wajah sahabatku yang bakal menggantikan
dalam pertandingan tersebut. Alhamdulillah J
Allah lebih mengetahui. Akhirnya,saya
Berjaya menamatkan hafazan al-Quran di Darul Quran JAKIM . Tidak lama kemudian,
saya mendapat berita mengejutkan bahawa saya akan mewakili
Negara.MasyaAllah.Allah benar-benar mengabulkan doaku. Sekarang hanya menanti
Doa Mendapat Jodoh Yang Solehah Buatku yang kekal selama-lamanya J Ameen..
Bersambung pada siri seterusnya.nantikan InsyaAllah ....