21.2.11

Hukum Mewarnakan Rambut

Posted by Khalil Khusory Zainol 7:29 PM, under | No comments

(Diambil Dari http://soaljawab.jais.gov.my )


 Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan dari kecantikan. ini selaras dengan sabda nabi SAW yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan dan ia bersih dan sukakan kebersihan". 

18.2.11

Perjalanan Hamba Ke Iran - Siri 1

Posted by Khalil Khusory Zainol 5:22 PM, under | 1 comment


Pengenalan

Sudah lama tidak mencuci blog nie dengan artikel2 baru. Agak kesibukan dengan tesis dan fatrah imtihan. Alhamdulillah kali nie berpeluang untuk berkongsi serba ringkas pengalaman diri yang hina ini mewakili negara Malaysia ke ‘’The 3RD Muslim Students International Glorious Quran Memorization And Recitation Competition di Mashhad,Iran.
Sebenarnya saya tidak percaya apabila diberitahu oleh ustaz bahawa saya akan mewakili Negara Malaysia ke pertandingn tersebut. Mana mungkin ilmu saya yang masih cetek dan ‘mentah’ nie dapat mewakili negara,padahal ramai lagi sahabat-sahabat seluruh Malaysia yang lebih berkelayakan.

Surat Tawaran yang diterima


Doa Dimakbulkan

Namun,saya percaya Allah telah mengabulkan doa ketika mengerjakan umrah pada April 2010 yang lepas. Ya,ketika mengerjakan umrah,banyak doa yang dipohon. Bersyukur juga kerana banyak juga doa yang telah Allah makbulkan. Antara doa yang dipinta,dimurahkan rezeki,umur dan kesihatan yang baik sluruh keluargaku dan banyak lagi. Turut berdoa ‘ Moga aku diberi peluang merasai pengalaman Tilawah Al-Quran di peringkat negeri,kebangsaan dan antarabangsa.

Pulang dari umrah,saya mendapat berita yang saya berjaya melepasi tahap saringan tilawah al-Quran peringkat daerah yang telah diadakan sebelum saya bertolak mengerjakan umrah  dengan mendapat tempat ke-2 . Hanya Johan dan Naib Johan sahaja yang akan ke peringkat negeri Perlis bertemu Johan Menunggu. Alhamdulillah dalam pertandingan peringkat negeri saya mendapat tempat ke-2 .

Bersama sahabat - Umar Mukhtar


Tidak lama selepas tu,saya mendapat lagi tawaran untuk mewakili perlis ke peringkat kebangsaan di Terengganu anjuran Belia. Namun,ustaz Darul Quran melarang saya untuk mewakili negeri atas sebab masih belum menghatamkan Al-Quran. Agak kehampaan juga,namun apakan daya. Jadi,saya mengambil keputusan untuk mencari pengganti. Rasa rugi kalau perlis tak hantar wakil. Nampak keceriaan di wajah sahabatku yang bakal menggantikan dalam pertandingan tersebut. Alhamdulillah J

Allah lebih mengetahui. Akhirnya,saya Berjaya menamatkan hafazan al-Quran di Darul Quran JAKIM . Tidak lama kemudian, saya mendapat berita mengejutkan bahawa saya akan mewakili Negara.MasyaAllah.Allah benar-benar mengabulkan doaku. Sekarang hanya menanti Doa Mendapat Jodoh Yang Solehah Buatku yang kekal selama-lamanya J Ameen..

Bersambung pada siri seterusnya.nantikan InsyaAllah .... 

16.1.11

Layar keinsafan - Mestica

Posted by Khalil Khusory Zainol 3:14 AM, under | No comments

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan



c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora

15.1.11

Sejuta Harapan

Posted by Khalil Khusory Zainol 1:17 AM, under | No comments

Artis : Da'ie Nada


La…la…la
Sejuta harapan
Yang aku sandarkan
Seberkas cahayaMu
Untuk terangi jalanku

Tanpa rahmat ampunMu
Tanpa kasih sayangMu
Hampa terasa hidupku

Ku ingin bersamaMu
Dekat selalu denganMu
Bahagia bersamaMu

Ya Allah
Terangilah gelap hitam hatiku
Ya Allah 
Sucikanlah hati ikhlas untukMu 2x



25.12.10

Istilah-Istilah Dalam Tarannum Al-Quran

Posted by Khalil Khusory Zainol 2:20 AM, under | 1 comment

Dalam bidang Tarannum al-Quran,banyak istilah-istilah yang tidak difahami.Disini saya sertakan serba sedikit istilah-istilah tarannum yang diketahui.Semoga bermanfaat buat semua :)


1) HARAKAT

Harakat adalah gaya alunan lagu yang tersusun daripada beberapa qit'ah dengan mahatah yang tertentu.

HARAKAT
PERANAN
Harakat pertama
Mesti disesuaikan dengan harakat terakhir pada lagu sebelumnya.
Harakat kedua
Member semangat dan galakan kepada harakat-harakat yang brikutnya.
Harakat ketiga
Harakat jawab(harakat tinggi)
Harakat keempat
Harakat jawabul jawab(harakat paling tinggi)
Harakat kelima
Harakat menurun(persediaan)
Harakat keenam
Harakat penutup


2) QIT'AH

Qit'ah adalah suatu rentak lagu yang paling pendek tanpa mahatah yang tertentu.

Terdapat dua jenis qit'ah iaitu qit'ah diwakafkan dan diwasalkan. Qit'ah diwakafkan ialah mengikut kehendak kalimah ayat.Manakala qit'ah diwasalkan adalah sambungan kepada beberapa ayat sehingga kepada mahatah yang sempurna.

Terdapat beberapa peranan qit'ah iaitu daya penggerak, daya penghidup, membawa kepada pnekanan jiwa bagi yang menyampaikan dan dapat memberi penyesuaian kepada ayat2 tertentu.

3) TABAQAT

Tabaqat adalah tingkatan suara yang dibawa oleh lagu2 yang tertentu.

Terdapat beberapa tabaqat suara iaitu suara rendah atau QARAR. Suara ini dari suara dada. Selain itu terdapat tabaqat yang lain iaitu tingkatan suara sederhanaatau NAWA. Sumber suara ini dar suara tekak. Seterusnya ialah suara tinggi atauJAWAB. Sumber suara ini dari suara hidung.
Tabaqah yang seterusnya ialah tingkatan suara yang tertinggi atau JAWABUL JAWAB. sumber suara ini ialah suara otak.

Peranan tabaqat ialah memberi tenaga dan peningkatan kepada sesuatu bacaan. Selain itu, tabaqat juga berperanan sebagai penggunann suara dan harakat yang berbeza dan mencapai tahap keahlian dalam sesuatu bacaan.

4) MAHATTAH

Mahattah ialah tempat berhenti iaitu berhenti pada setiap hujung lagu.

Peranan mahattah ialah dapat memvariasikan harakat yang berbeza. Selain itu, ini juga dapat membezakan bacaan di antara qari-qari yang lain. Kemudian dapat menyesuaikan dengan gaya dan tabaqat yang tertentu.

5) BURDAH

Burdah ialah bunga2 lagu atau getaran suara.

Terdapat 2 jenis burda iaitu:-


·                     Burdah Asli iaitu getaran suara semula jadi.
·                     Burdah Syina'i iaitu bunga2 lagu yang disusun dan digubah mengikut kehendak sesuatu  lagu.
Sifat2 burdah ialah:-

·                     kasar atau halus.
·                     kasar atau lembut.
·                     banyak atau sedikit.
Peranan burdah ialah:-

·                     daya penarik.
·                     daya penggerak.
·                     daya penghias.
·                     daya rangsangan yang bersemangat.

6) WUSLAH AL-MUMATHALAH

Maksudnya ialah campuran lagu secara sentuhan/salingan ketika mengalunkan sesuatu  lagu yang tertentu.

Terdapat 2 bentuk iaitu:-

·                     gaya harakat yang dicampurkan di antara dua irama lagu yang berbeza.
·                     suatu oendekatan harakat algu kepada harakat lagu yang berlainan untuk dipindahkan kepadanya.
Peranannya ialah:-


·                     menambah kecantikan dalam sesuatu lagu.
·                     menghidupkan semula harakat2 yang telah kaku.

7) AT-TADARRUJ

tadarruj ialah peningkatan pada tabaqah dan harakat dari bawah ke atas.

8) TAQLIL

Taqlil ialah meniru jalan lagu seseorang qari secara keseluruhan dalam surah2 tertentu.

9) KHITAM

Khitam ialah penutup sesuatu bacaan dan mesti ada persamaan dengan permulaan lagu pertama sesuatu bacaan.

10) QARAR

Qarar ialah suara rendah atau dada.

11) NAWA

Nawa ialah suara sederhana atau suara tekak.

12) JAWAB

Jawab ialah harakt ketiga dalam lagu bayati selepas bayati husaini. 

13) JAWABUL JAWAB

Jawabul jawab ialah harakat yang tinggi selepas jawab. Sebagai peringatan harakat jawabul jawab bukan harakat penutup.

14) SALALIM TULU'/SU'UD

Maksudnya ialah tangga naik sesuatu lagu.

15) SALALIM NUZUL/HUBUT

Masudnya ialah tangga turun sesuatu lagu.

16) IKHTILAL AL LAHNI

Maksudnya ialah nada suara yang sumbang berlaku akibat disengajakan mengikut irama dan tabaqat sesuatu lagu. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...