28.7.10

Majlis Konvokesyen Darul Quran JAKIM kali ke-19

Posted by Khalil Khusory Zainol 12:30 AM, under | No comments

Bersempena dengan Majlis Konvokesyen Darul Quran Jakim kali ke-19 yang akan berlangsung pada hari Sabtu, 31 Julai 2010, Darul Quran akan mengadakan Ekspo Konvokesyen yang akan bermula pada 29 sehingga 31 Julai ini. Anda dijemput untuk memeriahkan pelbagai acara yang disediakan.



27.7.10

Menuju Ke Haramain

Posted by Khalil Khusory Zainol 11:07 PM, under | No comments

Alhamdulillah.Setelah sekian lama tidak update artikel terbaru.Untuk kali ini,saya mengambil kesempatan untuk berkongsi pengalaman sepanjang perjalanan menuju ke HARAMAIN,suatu tempat yang suci dan bersejarah.Saya cuba ringkaskan perkongsian ini.Jika terdapat ayat-ayat yang sukar difahami,harap dimaafkan.

Saya memetik satu hadis berkaitan Haramain (Mekah dan Madinah)


Daripada Abu Hurairah,Rasulullah s.a.w bersabda : '' Tidak digalakkan mengembara melainkan ke 3 buah masjid iaitu Masjid Al-Haram,Masjidku (Masjid Madinah) dan Masjid Al-Aqsa (Baitul Maqdis).

Muttafaqun 'alaih

Masjidil Haram di Mekah Al-Mukarramah


Masjid Nabawi di Madinah
                      




Masjid Al-Aqsa di Palestin



Dari Kuala Lumpur Ke Karachi 

11 APRIL 2010



Seramai 21 orang siswa Darul Quran JAKIM berkumpul di KLIA seawal jam 9 pagi.Taklimat diberi oleh pihak travel kami iaitu Umrah for all sdn.bhd.                                                                


Abg Asyraf yg peramah menguruskan perjalanan kami


Pengalaman pertama kali saya menaiki kapal terbang,macam-macam datang.Malam-malam sebelumnya,ada mimpi kapal terbang terhempas,main-main awan..hehe


untung tempat duduk tepi tingkap :)


Saya meninggalkan Kuala Lumpur menuju ke Karachi pada jam 1 tengah hari dengan menaiki Pakistan International Airline (PIA).Selamat tinggal 1Malaysia !!! :)

Masjid Nabawi

Perasaan ketika pesawat terbang,agak suspen.kepala mula pening.Tapi sempat lagi bergambar.Nasib baik dapat seat tepi tingkap.

Tiba di Karachi,kami transit selama lebih kurang 2 jam.Suasana di Airport Karachi biasa saja,cumanya kemudahan WIFI dan tempat cas Hp disediakan secara PERCUMA.Wah,kalau di KLIA,disediakan @ tak ??


Hanzalah sempat bergambar bersama kemudahan wifi yg disediakan


Saya sempat bergambar dengan mamat Pakistan.Diorang ni tahu sikit-sikit cakap melayu.Rasanya,yang selalu datang jual karpet dari rumah ke rumah,diorang lah.hehe..


Bersama abang2 pakistan karpet.mcm hero hindustan lak

Dari Karachi ke Jeddah
Perjalanan kami diteruskan.Pramugari Pakistan mula mengedarkan makanan.Nampak macam sudah berumur lah muka pramugari .Muka masam je.Rasanya macam tak cukup tidur semalam kot.

Kami tiba di Jeddah kira-kira jam 9 malam.Terus menaiki bas menuju ke Madinah Al-Munawwarah.Jarak dari Jeddah ke Madinah sejauh Perlis ke Kuala lumpur.Semua Keletihan.’Syahid’ dalam perjalanan Jihad..

12 APRIL 2010

Dari Jeddah ke Madinah


Di airport Jeddah


Sepanjang perjalanan,saya masih belum dapat melelapkan mata.Dalam hati,tak sabar rasanya ingin melihat kiblat umat Islam secara live.Saya menikmati sepuas-puasnya pemandangan sepanjang perjalanan dan seterusnya bersambung menikmatinya dalam mimpi.

Madinah Al-Munawwarah

Hari pertama.

Kami tiba di Bandar Madinah pada waktu subuh.Kelihatan ramai umat Islam berpusu-pusu menuju ke Masjid Nabawi untuk menunaikan solat subuh.Alangkah seronoknya melihat suasana sebegitu di Malaysia.

Suasana subuh ketika itu,sangat sejuk.Sampai menggigil.Ada baju tebal pun masih sejuk.
Kami masih belum dapat masuk bilik hotel lagi,sebab bilik kami masih ada orang.

Subuh di sana lebih kurang jam 4.45 pagi.Kami terus bergerak dari hotel ke Masjid Nabawi kira-kira 200 meter.Masya Allah,suasana solat fardu subuh ketika itu seperti ramainya orang di Malaysia ketika solat sunat Hari Raya. 


suasana malam di Masjid Nabawi



Minum air zam-zam sepuas-puasnya :)
Saya sempat membaca 2 juzuk sambil menunggu waktu siang.Dapat minum air zam-zam sepuas-puasnya.Banyak tong-tong air zam-zam yang disediakan.Alhamdulillah.

Ada seorang (seperti pengawal masjid) bawa kami meninjau suasana dan menunjukkan kawasan maqam Rasulullah dan kawasan Raudhah.’Khusyuk’ mendengar pengawal bercerita.Bajet faham bahasa arab lak.boleh la skit2

Dari pagi sampai tengah hari kami habiskan masa di masjid beriktikaf.

Kami mula check in bilik pada tengah hari.Hotel boleh dikatakan mewah jugak.1 bilik 4 orang.
Masing-masing dapat katil,serta-merta ‘syahid’ sehingga asar.Terus bergerak ke masjid beriktikaf sehingga solat isyak.Saya ingin memanfaatkan sepenuhnya kelebihan dan fadhilat bersolat di masjid Nabawi serta mengutip sebanyak mungkin bekalan pahala.

Hari ke-2 di Madinah


Sebahagian sahabat-sahabat bergerak ke university Madinah kira-kira 9KM dari Masjid Nabawi untuk proses temuduga.Sebahagian lagi keesokan harinya,termasuk saya.Rutin harian seperti biasa..

Malamnya,saya sempat bertalaqi Al-Quran dgn seorang sheikh.Ramai anak muridnya.Saya dipanggil lalu diminta duduk disebelah sheikh tersebut,lalu bertaaruf lah kami.Sebenarnya saya duduk dalam halaqah tersebut untuk bertalaqi,tp selepas memperdengarkan bacaan,sheikh trus suruh saya mengajar pelajarnya yang lain..Asalnya beliau ingat saya dari indonesia,lalu saya nyatakan,ana min malizi sheikh :) .

Seterusnya saya diminta untuk berbuka puasa bersama-sama.


Suasana berbuka puasa (Iftor) di dalam Masjid Nabawi


Pada malamnya,kami bergerak ke bazar waqaf terletak berhampiran Masjid Nabawi.Shoping sakan..

Hari ke-3 di Madinah

Tibalah giliran saya temuduga bersama-sama sahabat lain.Suasana agak berdebu dan angin kuat.

Saya ditemuduga oleh kerani pejabat.Agak kurang syadid berbanding sahabat lain yang ditemuduga oleh Syeikh yang syadid.

Antara soalan-soalan yang ditanya ialah :-

1. Berapa juzuk al-Quran yang dah dihafal ?
2. Siapa nama isteri pertama Rasulullah ?
3. Berapa jarak musafir boleh jama’ solat ?

Antara jawapan yang dijawab

1. 21 juzuk.Kerani suruh baca mana-mana ayat.Dengan gaya bacaan syeikh maqari Mahmud Khalil khusori,saya pun baca maqra’ 2 surah al-Baqarah.hehe
2. Saidatina Khadijah
3. Pada asalnya saya kurang faham sikit soalan.Cakap laju susah nak faham.Sampai kerani tersebut terpaksa buat gaya (macam cakap dengan orang bisu) nak bagi faham.jawapan 92KM.

Akhirnya,kerani suruh bertawakal banyak-banyak.

Selesai temuduga,kami terus menuju ke pameran buku.Banyak kitab-kitab yang dijual.Kalau nk mencari kitab yang dikehendaki,perlu mengambil masa yang panjang untuk mencari,sebab banyak kitab yang hampir sama kulit luarannya,dengan tulisan khat pada kulit kitab perlu diperhatikan betul-betul.


suasana kilang mencetak Al-Quran yg x sempat saya lawati


Kami menunaikan fardu zohor di masjid berdekatan.

Selesai solat,kami dibawa ziarah ke tempat-tempat bersejarah yang ada di bumi Madinah.

Antaranya :

1. Masjid Quba
2. Bukit Uhud
3. Maqam Para syuhada’ ketika perang Uhud
4. Masjid Qiblatain

Kami pulang sebelum asar,untuk mendapat fadhilat menunaikan solat di Masjid Nabawi.Selesai menunaikan asar,saya mengambil kesempatan menziarahi Perkuburan Baqi yang terletak berhampiran dengan Masjid Nabawi.
Suasana sekitarnya sungguh luas.Kelihatan proses pengurusan jenazah sedang dijalankan.


Suasana di Perkuburan Baqi'



Di hadapan Maqam Rasulullah


Begitu lah serba sedikit perkongsian saya sepanjang berada di Madinah Al-Munawwarah.
Nantikan perkongsian cerita ketika berada di Masjidil Haram yang menarik.,KISAH BENAR.. Antaranya... :

hehe..nantikanlah yerrr..


dari kiri : Fariduddin,khalil,basri

29.4.10

Kaedah Menghafal Al-Quran

Posted by Khalil Khusory Zainol 12:13 AM, under | 6 comments

Syukran kepada seorang sahabat yang meminta saya berkongsi tentang cara mudah menghafal Al-Quran,kitab mulia bagi Agama Islam.Mudah-mudahan,perkongsian ini mendapat manfaat kepada semua yang berminat untuk mengingati setiap kalam Allah.InsyaAllah

Berikut adalah sebahagian teknik-teknik menghafal yang sempat saya kumpulkan.Kalau ingin tahu lebih banyak,anda boleh search di google

1 – Fokus ayat demi ayat


I. Mulai membaca ayat pertama sehingga lancar,kemudian barulah mula menghafal berulang-ulang kali sehingga ingat (Bilangan ulangan terpulang kepada individu,ada yang ulang 5 kali,boleh ingat,ada 20 kali...)

II. Sudah ingat ayat pertama?teruskan ayat ke-2 dengan cara yang sama.Banyakkan bersabar lah kalau belum ingat.

III. Ulang semula ayat pertama dan ayat ke-2 sehingga ingat.

IV. Dengan cara yang sama,pada ayat ke-3 sahaja.

V. Kemudian ulang semula ayat pertama,ke-2 dan ke-3.

VI. Dan seterusnya.........

2 – Bahagikan 1 mukasurat kepada beberapa bahagian

Teknik ini sesuai untuk ayat-ayat yang pendek seperti surah Al-Waqiah.Terpulang kepada individu.


I. Bahagikan 1 mukasurat kepada 2@3 bahagian.Contoh pembahagian yang dibuat,ayat 1 hingga 10,ayat 11 hingga 20,ayat 21 hingga 30.

II. Mula membaca bahagian pertama sehingga lancar,kemudian barulah menghafal bahagian pertama tersebut sehingga lancar.

III. Cara yang sama pada bahagian ke-2.

IV. Sudah ingat bahagian ke-2 ? ulang bahagian pertama dan ke-2 sehinga ingat.Banyakkan bersabar..

V. Berpindah ke bahagian ke-3.

VI. Ulang bahagian pertama,ke-2 dan ke-3 sehingga ingat

3 – Kaedah Penulisan

Kaedah ini yang ustaz tasmi’ saya suruh saya lakukan.Disamping persediaan untuk syafawi,dapat juga persediaan untuk tahriri.Satu bonus kepada yang suka menulis.


I. Sediakan sebuah buku,saiz quran anda.Kalau saya,bukunya saiz buku tulis biasa.

II. Tuliskan ayat-ayat quran seperti dalam Al-Quran.maksudnya,sekiranya ayat fiddun nya terletak di hujung mukasurat Al-Quran,maka dalam buku pun sama.

III. Kemudian,barulah mula menghafal,guna cara pertama atau ke-2 atau cara-cara dibawah.Banyakkan bersabar.. :)



  MUDAH-MUDAHAN ALLAH MEMBERI SEMANGAT UNTUK MENGHAFAL
                                                              
                                         jom tengok video di bawah

19.3.10

Adakah Jodoh Pertemuan Telah Ditentukan ?

Posted by Khalil Khusory Zainol 11:08 AM, under | 1 comment



Buat panduan bersama, soal jodoh dan pertemuan bukan suatu yang mudah untuk diungkapkan kerana kadang-kadang ia terjadi dengan sendiri tanpa kita sedari.

Allah berfirman : “Dan di antara tanda-tanda kekuasaaan Allah ialah menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”(Surah Ar-Rum: 21)

Dalam kehidupan masyarakat, perkahwinan dan pernikahan sangat diperlukan. Tujuannya adalah untuk meneruskan kehidupan umat manusia di bumi ini. Perkahwinan merupakan fitrah bagi setiap makhluk Allah dan menjadi asas bagi melanjutkan bahtera kehidupan.

Seringkali kita mendengar ungkapan: jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan. Pendapat ini baik kerana ia dapat mendidik manusia dengan sifat Qana’ah (bersyukur dengan apa yang ada) tetapi, wujud pula manusia yang terlalu cepat menyerah kepada takdir, tanpa sebarang usaha.

Beberapa pendapat tentang jodoh :

1- JODOH SEBAGAI TAKDIR

“Jodoh di tangan Tuhan, manusia mesti merima jodohnya, baik ataupun buruk.” Pendapat ini sangat besar pengaruhnya dan berkembang luas dalam masyarakat, tapi sayang pendapat ini kurang tepat. Jika pendapat tersebut hanya bermaksud: “Jodoh di tangan Tuhan makan ada kebenarannya. Tetapi ayat yang seterusnya terkeluar dari hakikat sebenar.

Kekeliruan yang nyata sebagai bukti lemahnya pendapat itu seringkali kita dengar, “Sudah takdir Tuhan, jodoh saya tak panjang.” Daripada pendapat itu, adakah Tuhan bersalah memutuskan hambanya? Hakikat sebenarnya, siapa yang memutuskannya.

2- MENCARI JODOH

“Jodoh di tangan Tuhan, tetapi manusia harus beriktiar mencari dan memilihnya.” Pendapat ini lebih baik dari pendapat pertama, walaupun masih belum sempurna. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar untuk mencari dan memilih jodoh.

3- BERIKHTIAR DAN BERTAWAKAL

“Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan.”
Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dalam memilih jodoh. Selain daripada pendapat di atas, masih ada cara lain yang digunakan di beberapa tempat seperti :

a. Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkawinan berlangsung atas persetujuan anak.

b. Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua.

c. Anak lelaki atau perempuan mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua.

d. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya.

Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut. Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi, masalah memilih jooh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak ataupun kedua orang tua. Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam.

Walaupun perasaan cinta dan kasih sayang merupakan fitrah dari Allah, tetapi kiat perlu sedar bahawa keabadian cinta itu tidak diperolehi sebagai satu anugerah tanpa diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Sikap berhati-hati dalam menentukan pilihan untuk pasangan hidup merupakan ciri khas dari insan budiman. Sekiranya salah membuat pilihan, bererti sepanjang hayat menanggung penyesalan sikap memilih dan ingin dipilih adalah hak bagi setiap manusia.

KESALAHAN-KESALAHAN YANG PERLU DIELAKKAN

Ketika dahulu,sangat mudah untuk ibu bapa menjodohkan anak-anak mereka.Sudah tentu kerana ketika dahulu,jarang kedengaran berita-berita seperti kes rogol,buang bayi dan gejala tidak sihat dikalangan anak-anak muda.

Zaman sekarang sudah berubah.Kedengaran sesetengah ibu bapa enggan mengahwini anak-anak mereka.Antara alasan-alasan berikut :

1- Anak-anak masih belajar dan masih muda
2- Tradisi keluarga tersebut.Contoh dalam keluarga belum pernah kahwin muda.
3- Pasangan anak mereka masih dalam tanggungan dan belum ada pendapatan.
4- Risau dengan pandangan orang.Contoh anak-anak kahwin muda,mungkin sesetengah orang akan menganggap sudah 'gatal' atau sudah terlanjur demi menutup aib.
5- Meletakkan syarat-syarat yang boleh menghalang perhubungan secara halal.


"Jangan sampai bertangguh dalam perubahan sehingga datang keterpaksaan, kerana apabila perubahan dipimpin oleh keterpaksaan dan kesusahan, ia sama ada sudah terlewat atau hasilnya kerap tidak tulen dan dipenuhi cacat celanya."
Perkara ini perlu diambil perhatian.Ada ibu bapa yang menghalalkan anak-anak mereka bercinta.Ada yang membiarkan anak-anak bebas keluar bersama berlainan jantina tanpa sebarang ikatan yang sah.
Tetapi,menghalang anak-anak untuk berkahwin dengan alasan-alasan diatas.Dengan kata lain
''Mengharamkan yang HALAL,Menghalalkan yang HARAM''.


Bak kata Ust Dzulkhairi, berkahwin bukan untuk menghabiskan masa dengan bermesra, tapi untuk melengkapkan perjuangan.
Wallahualam

18.3.10

Berita : Menanti kebebasan bersuara 'Parlimen Mahasiswa'

Posted by Khalil Khusory Zainol 12:33 PM, under | No comments

Pro Mahasiswa

Parlimen mahasiswa yang dicetuskan oleh Mohammad Syafiq Abdul Aziz, mantan Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (YDP MPP), Universiti Sains Malaysia (USM) telah dipersetujui penubuhannya oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi.

Warga kampus USM sememangnya sangat berlapang dada serta berfikiran terbuka dengan Parlimen Mahasiswa ini walaupun ramai lagi mahasiswa yang tidak tahu dan sedar mengenai penubuhannya. Dalam hal ini, Pro Mahasiswa sangat berbesar hati dan ternanti-nanti kehadiran Parlimen Mahasiswa itu sendiri.

Beberapa minggu yang lalu, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar (BHEPP) dan MPP mengadakan bengkel penggubalan Parlimen Mahasiswa. Hal ini untuk memastikan kelangsungan kaedah, peraturan dan undang-undang parlimen tersebut.



Berdasarkan temubual Pro-M dengan seorang peserta bengkel tersebut, Muslihah binti Mazlan, beliau mengakui terdapat kekeliruan dan kekaburan dengan pelaksanaan parlimen tersebut. Hal ini sudah terang lagi bersuluh kerana persidangan Parlimen Mahasiswa adalah dibatasi oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dan juga bakal terikat dengan sebuah lagi akta yang dalam proses penggubalannya.

Perkara ini sekaligus mengundang perselisihan faham kerana melalui takrifan parlimen itu sendiri merujuk kepada sebuah majlis yang mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang. Jadi mengapakah mahasiswa dalam konteks pelaksanaan parlimen perlu dibatasi oleh AUKU?

Bukankah ia dikatakan bakal menjadi platform untuk mahasiswa melontarkan idea dan pandangan tentang masalah yang berlaku di kampus dan dalam Malaysia (kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi)?

Memang terdapat pihak-pihak yang menyatakan mahasiswa tidak salah bercakap tentang hal politik negara dalam persidangan, namun ia adalah secara akademik. Jelasnya, sebarang kritikan akan menimbulkan isu bahawa mahasiswa membangkang itu dan ini. Justeru, pelbagai persoalan yang bermain dalam benak fikiran mahasiswa.

Sekiranya Parlimen Mahasiswa tersekat dan disekat oleh AUKU , maka di manakah hak kebebasan bersuara mahasiswa? Kebebasan bersuara yang dimaksudkan di sini adalah tiada sebarang sekatan oleh mana-mana pihak berkepentingan dalam mahasiswa untuk melontarkan idea dan kritikan membina secara akademik dan intelek.

Jikalau demikian, bagaimanakah suara mahasiswa ini akan menyumbang kepada pembangunan negara? Mahasiswa perlu bertindak sebagai ‘check and balance’ kepada seluruh persekitarannya. Sekali lagi dijelaskan di sini, pendirian Pro-M sangat meraikan persidangan Parlimen Mahasiswa ini dan tidak sama sekali berniat untuk menghentikan penubuhannya.

Selain itu, ketika segala undang-undang berkaitan Parlimen Mahasiswa ini ‘diharmonikan’ oleh pihak-pihak tertentu, tidak ada seorang mahasiswa pun didedahkan tentangnya. Adakah ia bercanggah daripada resolusi bengkel penggubalan undang-undang yang terdahulu diadakan?

Tiada siapa yang tahu dan sudah pastinya apabila ia diwartakan, amat sukar untuk undang-undang tersebut dipinda kerana akan mengambil masa yang lama. Sebagai contoh, pemindaan AUKU seksyen 15 yang mengambil masa yang panjang dan apa yang dipinda itu ‘masih belum sempurna’. Justeru, inilah yang menjadi sebahagian perkara yang amat dikesali oleh peserta bengkel tersebut.

Kerana kami merasakan sukar untuk mendapat pengiktirafan universiti agar suara mahasiswa didengari pihak atasan, oleh itu Pro-M sangat menginginkan kelancaran dalam penggubalan perlembagaan Parlimen Mahasiswa ini.

Pihak Pro-M tidak pernah melakukan kezaliman kerana menghukum sesuatu terhadap perkara yang belum dipastikan. Malah, merahsiakan perwartaan undang-undang daripada pihak mahasiswa merupakan suatu tindakan yang ‘tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya’.

Maka dengan itu, pihak Pro Mahasiswa bangkit untuk menuntut dua tuntutan berhubung Parlimen Mahasiswa, iaitu:

1. Undang-undang termasuk tatacara, kaedah dan sebagainya dibentangkan kepada seluruh mahasiswa kampus USM sebagai penjelasan kepada mahasiswa walaupun ia telah ‘diharmonikan’.
2. Sebarang kritikan, penambah baikan, cadangan dan saranan boleh dilakukan terhadap undang-undang ini oleh seluruh mahasiswa kampus USM sebelum perkara ini diwartakan.

Sekali lagi diingatkan, tuntutan ini perlu dilaksanakan sebelum perlembagaan Parlimen Mahasiswa diwartakan. Justeru, tuntutan Pro-M ini adalah untuk memastikan seluruh warga kampus USM sentiasa peka dengan keadaan dan isu yang berlaku dalam kampus.

Seterusnya, ia berfungsi untuk mencambahkan fikiran mahasiswa agar tidak terlalu tertutup dan dibelenggu oleh mana-mana pihak. Bebaskan fikiran mahasiswa.

Konklusinya, kami melihat penubuhan Parlimen Mahasiswa ini sebagai titik mula mahasiswa untuk bebas bersuara dan bukan hanya retorik politik semata-mata.

sumber :http://www.harakahdaily.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...