16.6.11

[UZAR] Isu Demonstrasi Haram: Jangan Main Tenis Tapi Guna Peraturan Badmintan

Posted by Khalil Khusory Zainol 6:43 PM, under | 1 comment

Cuba anda bayangkan juga, anda bermain bola sepak di padang, tetapi menggunakan undang-undang ping-pong?

Fikirkan juga, anda mahu menghukum demonstrasi yang merupakan antara komponen demokrasi, tapi anda menggunakan asas peraturan sistem syura yang diamalkan dalam memilih pemimpin pada zaman dahulu.

















Antara isikandungan:
  • Jangan terlalu kaku ketika berhadapan dengan teks syarak (nash) yang berkaitan dengan muamalat. Tidak seperti dalam hal-hal ibadah.
  • Dalam hal muamalah mestilah bertepatan dengan maqasid atau roh syariah. Sedangkan dalam hal ibadah mestilah bertepatan dengan taks syarak atau nash.
  • Cara perlantikan pemerintah pada zaman Rasulullah s.a.w. dan zaman selepasnya adalah berbeza dengan yang ada sekarang, iaitu demokrasi. Dahulu, untuk melantik khalifah tiada pilihanraya. Tiada pungutan suara dari rakyat.
  • Islam tidak menghalang cara demokrasi dan segala komponen di dalamnya yang tidak bertentangan dengan syariat.
  • Demonstrasi adalah salah satu dari komponen demokrasi yang tidak bertentangan dengan Islam.
  • Hadis-hadis tentang menegur pemerintah dan ketaatan kepada mereka hendaklah difahami dalam konteks hadis itu. Ia tidak boleh digunapakai secara umum.
  • Cara untuk mengelakkan demonstrasi ialah dengan kerajaan mendengar pandangan rakyat.
  • Dibenarkan mengadakan demonstrasi aman untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang kelemahan kepemimpinan. Namun tidak boleh menyentuh kesalahan individu atau peribadi pemimpin.
  • Apakah melaungkan bantahan terhadap pemerintah atau menegur mereka secara terbuka boleh dilabel sebagai Khawarij? Selagi rakyat menegur dan meluahkan perasaan marah secara aman tanpa angkat senjata, mereka tidak boleh dianggap sebagai khawarij 

  • http://al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=article&id=6542%3Auzar-isu-demonstrasi-haram-jangan-main-tenis-tapi-guna-peraturan-badmintan&catid=94%3Aaudio-video-a-grafik#.TfiHEAycbdE;facebook

23.5.11

Ruwais - Syukbah Qiraat 2008/2011

Posted by Khalil Khusory Zainol 12:33 AM, under | No comments



Dalam kenangan gambar nie..2008/2011. Entah macam mana pula tahun2 berikutnya.2015,2020? mesti dah ada yang berkeluarga .

Kisah lucu berkaitan gambar nie,sewaktu mendapat sms dari ketua kelas,saudara zulhusnayain supaya berkumpul di tepi tasik untuk bergambar,dengan berpakaian jubah ... Bab bergambar saya n0. 1 ..hehe..bersemangat . orang pertama turun tuu..jgn main2  :) .siap saya korbankan kredit utk msg pada kawan2 yang masih blom datang.. .tp yg hairan,apsal semua bawa jubah sem yang bewarna kelabu tu ? yg saya bawa jubah hitam ..

Rasa x sedap hati.Bukak balik message yg dihantar ketua kelas tadi ..''Dengan memakai Jubah Sem..'' aduss..

itulah,semangat lebih nak bergambar..last2 saya jadi orang terakhir datang..sebab terpaksa patah balik ke asrama yg jaraknya lebih kurang 100m lebih dari tasik ..hehe..

Moralnya,nak buat sesuatu,fikirlah 2,3 kali..supaya x buat silap lagi..lain2 moral,bolehlah kalian kongsilkan dalam comment/chat .syukran :)

23.4.11

BLOG SEDANG DINAIKTARAFKAN

Posted by Khalil Khusory Zainol 1:42 AM, under | No comments

Disebabkan template yang lama mengalami sedikit masalah teknikal,Penulis sedang dalam proses menukarkan template yang baru dan menyusun widget2 agar lebih tersusun..

21.2.11

Hukum Mewarnakan Rambut

Posted by Khalil Khusory Zainol 7:29 PM, under | No comments

(Diambil Dari http://soaljawab.jais.gov.my )


 Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan dari kecantikan. ini selaras dengan sabda nabi SAW yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan dan ia bersih dan sukakan kebersihan". 

18.2.11

Perjalanan Hamba Ke Iran - Siri 1

Posted by Khalil Khusory Zainol 5:22 PM, under | 1 comment


Pengenalan

Sudah lama tidak mencuci blog nie dengan artikel2 baru. Agak kesibukan dengan tesis dan fatrah imtihan. Alhamdulillah kali nie berpeluang untuk berkongsi serba ringkas pengalaman diri yang hina ini mewakili negara Malaysia ke ‘’The 3RD Muslim Students International Glorious Quran Memorization And Recitation Competition di Mashhad,Iran.
Sebenarnya saya tidak percaya apabila diberitahu oleh ustaz bahawa saya akan mewakili Negara Malaysia ke pertandingn tersebut. Mana mungkin ilmu saya yang masih cetek dan ‘mentah’ nie dapat mewakili negara,padahal ramai lagi sahabat-sahabat seluruh Malaysia yang lebih berkelayakan.

Surat Tawaran yang diterima


Doa Dimakbulkan

Namun,saya percaya Allah telah mengabulkan doa ketika mengerjakan umrah pada April 2010 yang lepas. Ya,ketika mengerjakan umrah,banyak doa yang dipohon. Bersyukur juga kerana banyak juga doa yang telah Allah makbulkan. Antara doa yang dipinta,dimurahkan rezeki,umur dan kesihatan yang baik sluruh keluargaku dan banyak lagi. Turut berdoa ‘ Moga aku diberi peluang merasai pengalaman Tilawah Al-Quran di peringkat negeri,kebangsaan dan antarabangsa.

Pulang dari umrah,saya mendapat berita yang saya berjaya melepasi tahap saringan tilawah al-Quran peringkat daerah yang telah diadakan sebelum saya bertolak mengerjakan umrah  dengan mendapat tempat ke-2 . Hanya Johan dan Naib Johan sahaja yang akan ke peringkat negeri Perlis bertemu Johan Menunggu. Alhamdulillah dalam pertandingan peringkat negeri saya mendapat tempat ke-2 .

Bersama sahabat - Umar Mukhtar


Tidak lama selepas tu,saya mendapat lagi tawaran untuk mewakili perlis ke peringkat kebangsaan di Terengganu anjuran Belia. Namun,ustaz Darul Quran melarang saya untuk mewakili negeri atas sebab masih belum menghatamkan Al-Quran. Agak kehampaan juga,namun apakan daya. Jadi,saya mengambil keputusan untuk mencari pengganti. Rasa rugi kalau perlis tak hantar wakil. Nampak keceriaan di wajah sahabatku yang bakal menggantikan dalam pertandingan tersebut. Alhamdulillah J

Allah lebih mengetahui. Akhirnya,saya Berjaya menamatkan hafazan al-Quran di Darul Quran JAKIM . Tidak lama kemudian, saya mendapat berita mengejutkan bahawa saya akan mewakili Negara.MasyaAllah.Allah benar-benar mengabulkan doaku. Sekarang hanya menanti Doa Mendapat Jodoh Yang Solehah Buatku yang kekal selama-lamanya J Ameen..

Bersambung pada siri seterusnya.nantikan InsyaAllah .... 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...