4.9.10

Tanamkan Sifat Ithsar Dalam Diri

Posted by Khalil Khusory Zainol 12:51 AM, under | No comments

Didiklah diri agar mempunyai sifat ithsar iaitu mengutamakan orang lain melebihi diri sendiri.As-syahid Imam Hassan Al-Banna pernah menyebut,'' Serendah-rendah ukhwah ialah berlapang dada terhadap saudaramu.Setinggi-tinggi ukhwah ialah ithsar (melebihkan orang lain mendahului diri sendiri ).


Indahnya Ukhwah jika dihiasi sifat Ithar



Alangkah indahnya suasana di kawasan stesyen Komuter sekiranya setiap orang memiliki sifat tersebut.Maka tiadalah kejadian tolak-menolak dan sebagainya.


Kejadian tolak-menolak berlaku ketika aku dalam perjalanan ke Klang dengan menaiki tren komuter.Seorang perempuan telah ditolak lalu melanggar beg pakaianku dan hampir jatuh dari dalam tren.Aku ingin memohon maaf sekiranya akulah puncanya perempuan tersebut jatuh.


Aku sebenarnya cuba belajar mengutamakan orang lain.Dengan sebab itulah aku telah terlepas tren sebanyak 2 kali akibat orang terlalu ramai.


Kejadian tolak-menolak tersebut hampir sama suasananya ketika aku mengerjakan umrah pada bulan 4 2010 yang lepas.Tolak-menolak untuk mencium Hajarul Aswad.Ketahuilah,berebut-rebut melakukan sesuatu kemudian anda dapat melakukannya berbanding anda bersabar kemudian anda dapat melakukannya adalah suatu perkara yang berbeza.


Realiti sekarang
Anda akan mendapat kepuasan dan ketenangan sekiranya anda bersabar terlebih dahulu.Apa akan terjadi sekiranya anda tidak bersabar?sudah tentu akan membuat orang lain tidak senang hati dengan sikap anda dan mungkin anda akan mendapat balasan akibat pelakuan kasar terhadap orang lain.Anda mesti tidak suka jika orang lain buat perkara buruk terhadap anda..


Sama-sama kita renungkan..

30.8.10

Kita Kekenyangan

Posted by Khalil Khusory Zainol 4:13 AM, under | No comments

Tanpa kita sedari,selama ini kita hidup dalam kemewahan,kesenangan.Saya yakin,mungkin dengan kemewahan,kesenangan membuatkan kita berada di 'zon selesa' ,walaupun ada sesetengah orang yang tidak bahagia,bahkan lebih tertekan walaupun hidup penuh dengan kekayaan.

sekadar gambar hiasan


Sedarlah semua,segala kekayaan,kemewahan dan kesenangan tersebut mungkin tidak pernah dicapai oleh sesetengah golongan.Sekarang anda mungkin dalam kekenyangan,setelah berbuka puasa dengan bermacam-macam juadah,ayam golek,kambing goreng,roti john dan lain-lain.Di tambah pula dengan moreh dan pulang ke rumah menghabiskan sisa-sisa makanan yang belum habis.

Nikmat Kemiskinan

sekadar gambar hiasan
Orang yang hidup dalam keadaan sederhana,hatinya lebih tenteram,malah lebih bersyukur.Tidak risau barang-barang berharga dicuri orang,tidak risau membayar bil dan lain-lain.Teringat saya akan cerita Jepun yang pernah di 'khatam' sebanyak 10 episod iaitu cerita 'Yamada Taro Tale ' .Mungkin ada yang pernah tengok.
Menceritakan tentang seorang pemuda bernama Yamada yang cemerlang dalam pelajaran terpaksa menyara adik-adiknya seramai 6 orang,ibunya suri rumah dan ayahnya seorang pelukis merantau ke seluruh negara.Rumahnya yang buruk dikelilingi rumah-rumah besar.Siang belajar,malam bekerja.Hidup mereka ibarat 'kais pagi makan pagi,kais petang makan petang'.

Yang menariknya,adik-adik Yamada tidak pernah merungut akan kemiskinan mereka.Ukhwah ditunjukkan ketika mereka bersama-sama makan malam.Sifat ithar (mengutamakan orang lain) dalam cerita ini perlu dicontohi.

Realiti Kemiskinan


Allah telah menemukan saya akan sebuah keluarga yang hampir sama dengan cerita tersebut.Sebuah keluarga di Wangsa Maju,menginap di sebuah rumah usang yang tidak dijaga oleh tuannya.Alhamdulillah,mendapat belas ihsan oleh pemilik rumah tersebut untuk menginap.Mempunyai anak 6 orang..Suaminya tukang kayu.Setiap pagi ibunya menghantar anaknya ke sekolah dengan basikal.

Keluarga tersebut bertuah apabila dikelilingi oleh jiran yang prihatin.Saya yakin,sepanjang Ramadan kali ini,keluarga tersebut dapat menikmati juadah berbuka puasa secukupnya.Mudah-mudahan.

Perbanyakkan Sedekah


Sempena bulan Ramadan ini,sama-samalah kita perbanyakkan sedekah.Walaupun senyum itu satu sedekah,janganlah kita kedekut.Tapi jangan lah sebulan berpuasa,maka sebulanlah sedekah senyum.memang tak patut.

Sambil-sambil membeli juadah berbuka,cubalah ingat akan jiran-jiran anda yang susah.Sebuah hadis yang berbunyi :

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhani r.a,Nabi s.a.w bersabda ; ''Siapa yang memberi makanan kepada seseorang untuk berbuka puasa,nescaya ia mendapat ganjaran yang sama dengan orang yang berpuasa itu.'' (Riwayat al-Tirmizi).

memberi lebih baik dari menerima


Semoga puasa kali ini lebih baik dari puasa-puasa sebelumnya.Kumpullah sebanyak pahala sebagai bekalan di akhirat kelak

24.8.10

Nikah Khitbah Satu Alternatif

Posted by Khalil Khusory Zainol 1:16 AM, under | No comments

http://u-jam.blogspot.com/2010/08/nikah-khitbah-satu-alternatif.html






Permudahkan Nikah Cegah Penzinaan

1. Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini , Dewan Pemuda PAS menyarankan satu program atau projek besar iaitu " Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak berwajib.

2. Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .

3. Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

4. Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .ala

Firman Allah swt yang bermaksud :

dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .

An Nuur : Ayat 32

5. Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina ]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :

* Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
* Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
* Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
* Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
* Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan
* Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
* Merendahkan hantaran perkahwinan

6. Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

* Suami
* Isteri
* Wali
* Saksi
* Aqad [ Ijab Qabul ]

cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :

* Masih menuntut di kolej atau uniersiti
* Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
* Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga

justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

7. Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .

8. Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .

9. Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .

10. Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]

11. Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .

12. Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

13. Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

14. Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .

b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .

15. Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

16. Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti 


http://u-jam.blogspot.com/2010/08/nikah-khitbah-satu-alternatif.html

22.8.10

Harapan Ramadan

Posted by Khalil Khusory Zainol 12:56 PM, under | No comments

Nasyid : Harapan Ramadhan
Artis : Raihan
Feat : Man Bai
Album : Maafkan



Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula


Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti



Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua


21.8.10

Akademi Al-Quran Musim Ke-4 (Final)

Posted by Khalil Khusory Zainol 11:05 AM, under | No comments

Pertandingan akhir Akademi Al-Quran musim ke-4 telah pun melabuhkan tirai pada 6 Ogos 2010 dengan menyaksikan 4 finalis yang sangat mantap mempamerkan persembahan.Diserikan pula dengan penampilan khas dari juara-juara AQ pada musim lalu.

Namun,perjalanan untuk menyaksikan AQ peringkat akhir ini tidak dapat dilupakan.

Kira-kira seminggu sebelum pertandingan akhir berlangsung,pihak Darul Quran telah mengumumkan kepada semua siswa siswi untuk mendapatkan pas masuk percuma.Alhamdulillah,sahabat saya,Basri bin Abd Rashid dengan pantasnya mendapatkan pas masuk di bilik Us.Ibrahim,warden asrama merangkap mursyid AQ-4 bahagian qiraat.

Namun,nasib tidak menyebelahi pelajar yang lain,apabila pas masuk tidak dapat diberikan lagi,sebelum ditulis nama dan memastikan bas dapat disediakan.Alhamdulillah,pihak Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran dapat menyediakan 3 buah bas termasuk bas milik Darul Quran sendiri.

6 Ogos 2010,tarikh yang dinantikan untuk saya menyaksikan sahabat-sahabat seperjuangn ketika di Akademi Al-Quran melakukan persembahan yang terbaik.

Namun,kita hanya merancang,Allah yang menentukan.Sewaktu saya dan 3 orang sahabat yang lain hendak menaiki bas,tempat duduk telah penuh.Kami cuba untuk duduk bersama-sama sahabat yang ehsan memberikan sedikit ruang untuk kami berempat duduk.Datang lah pemandu bas DQ ke dalam bas milik warga india yang kami naiki,lalu menghalau kami keluar dengar kasarnya.Malunya kami dimarahi sedemikian.

Saya hairan,pemandu bas india tersebut langsung tak marah,malah hendak memulakan perjalanan..Kami terpaksa turun dari bas tersebut setelah 2 kali dihalau dan menyaksikan 3 buah bas yang telah ditempah dan telahpun kami jelaskan wang tambang,meninggalkan kami yang terpinga-pinga tidak dapat pergi menyaksikan AQ.

Ikhtiar punya ikhtiar,kami cuba menelefon sahabat yang memiliki kereta untuk ditumpangkan.Namun hampa.

Akhir sekali,kami cuba menghubungi Us.Ibrahim,untuk menumpang keretanya.Us.Ibrahim sebenarnya 50-50 samaada menyaksikan live AQ atau tengok di Tv9 saja.Alhamdulillah,Us.Ibrahim bersetuju menumpangkan kami ke AQ akhir.

Moralnya,janganlah kita mudah berputus asa,yakinlah setiap perkara kebaikan yang ingin anda lakukan,pasti akan mendapat bantuan Allah.Setelah kita berusaha,jangan terus berdiam diri,bertawakallah..Wallahualam

Tahniah kepada peserta-peserta AQ musim ke-4 yang telah berjaya. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...