2.2.10

Perjuangan : 10 Muwasafat Tarbiah

Posted by Khalil Khusory Zainol 2:55 PM, under | No comments

Bekalan para Da’ie untuk menjadi pejuang yang luar biasa

1 – Qawiyyal Jism (Kuat Tubuh Badan)

Dakwah adalah tanggungjawab dan tugas yang berat,maka perlulah seorang Da’ie itu mempunyai tubuh badan yang kuat.
Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riadah dan tidak makan dan minum yang boleh memudaratkan badan.

2- Matinul Khuluq (Akhlak Yang Mantap)

Akhlak Nabi ialah Al-Quran yang terserlah pada diri Nabi.Telah dijelaskan oleh Imam Hasan Al-Banna dalam kewajipan seorang Da’ie iaitu bersifat sensitive,tawadhu’,benar dalam perkataan dan perbuatannya,tegas,menunaikan janji,berani,serius,dan lain-lain.

3- Mutsaqqal Fikri (Fikiran Yang Berpengetahuan)

Seorang Da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya disamping bersumberkan Al-Quran dan Hadis serta Ulama’ yang thiqah.Selain itu,para Da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik,tadabbur,serta sentiasa mempelajari sirah.



4- Qadiran ‘Ala Kasbi (Mampu Berusaha)

Seorang Da’ie walaupun kaya,perlu bekerja.Dia juga tidak terlalu mengejar jawatan.Hendaklah sentiasa ikhlas dalam setiap pekerjaan.Dalam soal kewangan,menjauhi riba dalam apa jua keadaan dan cuba memastikan setiap sen yang dibelanjakan tidak jatuh ke tangan orang bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan seharian.

5- Salimul Aqidah (Akidah Yang Sejahtera)

Seoran Da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan,Islam sebagai Agama dan Muhammad S.A.W sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir.Sentiasa muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat,perbanyakkan nawafil dan zikir.Disamping itu sentiasa menjaga kebersihan hati,bertaubat,istighfar,menjauhi dosa dan syubhah.

6-Sahihul Ibadah (Ibadah Yang Betul)

Seorang Da’ie perlu melakukan ibadat dengan sempurna serta belajar membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.Memastikan bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupan.




7-Mujahadah 'Ala Nafsi (Mampu Melawan Hawa Nafsu)

Seorang Da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan hawa nafsunya dan mengikut kehendak Islam yang sebenar.Perlu diingatkan bahawa para Da’ie mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8- Haarithun 'Ala Waqtihi (Menjaga Waktu)

Sentiasa beringat bahawa waktu itu nilainya lebih mahal daripada emas,waktu adalah kehidupan ynag tidak akan kembali semula.Mengimbau kembali sejarah dahulu,para Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.

9-Munazzamun Fi Syu’unihi (Tersusun Dalam Urusan)

Untuk manfaatkan waktu dengan baik,maka tibulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan.Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat kepada Islam dan dakwah.

10- Nafi’un Li Ghairihi (Berguna Untuk Orang Lain)

Da’ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain.Da’ie adalah penggerak kepada Islam dan dakwah.Masa depan Islam,hidup dan terkuburnya bergantung kepada Da’ie.Amal Islam seorang da’ie ialah menyelamatkan orang lain daripada kesesatan.Da’ie akan berasa gembira apabila dapat membantu orang lain.Paling indah dalam hidupnya bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

http://www.dapatwang.com/?id=anakaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...