17.9.10

Ghuraba'

Posted by Khalil Khusory Zainol 10:36 PM, under | 1 comment



غرباء غرباء غرباء غرباء

غرباء غرباء غرباء غرباء

Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`

غرباء غرباء غرباء غرباء
غرباء غرباء غرباء غرباء

Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`


غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة

(Guraba Un’wali Ghayril La hilaa Nahnil Jiba)
Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone besides Allah


غرباء وارتضيناها شعارا للحياة

(Guraba Un’war Tadyna Hashia’ral lil Haya)
Ghurabaa` have chosen this to be the motto of life


إن تسل عنّا فإنّا لا نبالى بالطغاة

(Inta Sal Anna Fa Inna La Nubalii bit Tugha)
If you ask about us, then we do not care about the tyrants


نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة

(Nahnu Jundullahi dauman darbuna darbul uba)
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path
————————————————-

غرباء غرباء غرباء غرباء
غرباء غرباء غرباء غرباء

Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`


لن نبالى بالقيود بل سنمضى للخلود

(Lanu Balii bil Qoyood Bal sanam diilil Khulood)
We never care about the chains, rather we’ll continue forever

لن نبالى بالقيود بل سنمضى للخلود

(Lanu Balii bil Qoyood Bal sanam diilil Khulood)
We never care about the chains, rather we’ll continue forever

فلنجاهد ونناضل ونقاتل من جديد

(Fal Nujahid wa nunadil Wa Nuqaatil min jadeed)
So let us make jihad, and battle, and fight from the start

غرباء … هكذا الأحرار في دنيا العبيد

(Ghuraba Uh haka zal ahraroo fee duniyal a’beed)
Ghurabaa`, this is how they are free in the enslaved world

فلنجاهد ونناضل ونقاتل من جديد

(Fal Nujahid wa nunadil Wa Nuqaatil min jadeed)
So let us make jihad, and battle, and fight from the start

غرباء … هكذا الأحرار في دنيا العبيد

(Ghuraba Uh haka zal ahraroo fee duniyal a’beed)
Ghurabaa`, this is how they are free in the enslaved world
————————————————-

غرباء غرباء غرباء غرباء
غرباء غرباء غرباء غرباء

Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`


كم تذاكرنا زمانا يوم كنّا سعداء

(Kamtaza Karna Zamanan, youma kunna su a’da)
How many times we remembered a time when we were happy


بكتاب الله نتلوه صباحا و مساء

(Bi Kitaabillahi nat’luhu sabahan,wa masa)
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening


كم تذاكرنا زمانا يوم كنّا سعداء

(Kamtaza Karna Zamanan, youma kunna su a’da)
How many times we remembered a time when we were happy

بكتاب الله نتلوه صباحا و مساء

(Bi Kitaabillahi nat’luhu sabahan,wa masa)
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening
————————————————-

غرباء غرباء غرباء غرباء
غرباء غرباء غرباء غرباء

Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`


غرباء غرباء غرباء غرباء
غرباء غرباء غرباء غرباء

Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`

————————————————-

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :

بدأ الاسلام غريبا وسيعود غريبا كما بدأ فطوبى للغرباء

The Prophet SAW said:
“Islam began as something strange, and it will return as something strange the way it began. So give glad tidings to the strangers.”




15.9.10

Posted by Khalil Khusory Zainol 7:30 PM, under | No comments

Ada sahabat kita mempunya masalah tentang hukum yang berkaitan dengan bersalaman dengan yang bukan mahram ...Masalahnya mungkin berlaku (bila tiba hari raya atau perayaan , semua keluarga berkumpul belah ayah ngan ibu , jadi ada yang bukan mahram , ketika bersalaman ada yg bukan mahram , apa hukumnya ??

Sekadar perkongsian.Sekiranya ada masalah yang tidak betul,saya memohon maaf atas kesalahan tersebut..

Orang Melayu terkenal dengan masyarakat yang mementingkan adab, sopan-santun dan budi-pekerti yang mulia. Antara adab yang sentiasa dipraktikkan dalam masyarakat ialah bersalam atau berjabat tangan di antara satu sama lain apabila bertemu. Perbuatan ini merupakan sesuatu yang amat baik kerana ia dapat mengeratkan silaturahim dan persaudaraan di dalam masyarakat.


Namun akhir-akhir ini didapati bahawa bersalam atau berjabat tangan ini dilakukan dengan sewenang-wenangnya tanpa mengira batas hukum syarak, sehinggakan gejala bersalam atau berjabat tangan di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram menjadi semakin berleluasa dan semakin diterima di dalam masyarakat. Apatah lagi apabila bertemu dengan pemimpin, maka bukan sekadar berjabat tangan tetapi ada yang sanggup mencium tangan pemimpin tersebut sedangkan tidak ada ikatan mahram di antara mereka!.


Fenomena seumpama ini sekiranya dibiarkan, ia akan menjadi semakin parah yang akhirnya bukan sahaja bercanggah dengan ajaran Islam, malahan akan turut menghakis nilai-nilai murni dan adab tatasusila yang diamalkan dalam masyarakat Melayu selama ini. Walaupun para ulama’ mengharuskan seseorang lelaki berjabat tangan dengan wanita yang sudah tua yang sudah tidak ada lagi keinginan syahwat (rujuk dalam Fatawa Mu’asirah oleh Yusuf al-Qaradawi), namun ia janganlah dijadikan sebagai satu alasan untuk sewenang-wenangnya membudayakan berjabat tangan di antara lelaki dan perempuan.


Allah swt telah berfirman
 dalam surah al-Nur ayat 30-31






30-Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.


31-Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.





(syukran kepada sahabiah blogger http://misshpa.blogspot.com/ atas maklumat yg diberikan.. )

Dalam ayat ini, Allah swt memerintahkan agar orang lelaki dan perempuan agar menjaga dan merendahkan pandangan mereka daripada melihat sesuatu yang diharamkan seperti melihat orang yang bukan mahram sehinggakan boleh menimbulkan syahwat. Oleh itu, ajaran Islam mengharamkan seseorang lelaki melihat kepada wanita yang bukan isterinya atau wanita yang bukan mahramnya. Hal ini tidak pula bermaksud kita dikehendaki memejamkan mata ketika bertemu dengan orang yang bukan mahram, tetapi apa yang dimaksudkan ialah kita dilarang melihat berulang-kali terhadap seseorang yang bukan mahram kerana ia boleh menimbulkan syahwat dan fitnah. 


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dan Ahmad, nabi saw telah bersabda kepada Saidina Ali yang bermaksud: 


”Wahai Ali, janganlah kamu mengikuti pandangan yang pertama (terhadap wanita yang bukan mahram) dengan pandangan yang seterusnya, kerana sesungguhnya pandangan pertama itu bagi kamu (diharuskan), tetapi kamu dilarang daripada pandangan yang kedua (iaitu terus memandang kepada wanita yang bukan mahram sehingga boleh menimbulkan syahwat)”.


Sekiranya memandang kepada wanita yang bukan mahram pun dilarang dalam hukum syara’, sudah tentu bersalam dan berjabat tangan di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram diharamkan. Cubalah kita fikirkan, manakah yang lebih menimbulkan syahwat dan fitnah, memandang dari jauh atau bersalaman dan berjabat tangan yang melibatkan persentuhan kulit dengan kulit? Tepuk dada, tanya iman!.



Di sini saya letakkan beberpa dalil yang mengharamkannya:


1 . para ulama’ yang mengharamkan berjabat tangan di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram ialah nabi saw tidak berjabat tangan dengan wanita ketika melakukan bai’ah sedangkan dalam masa yang sama nabi saw berjabat tangan dengan lelaki ketika bai’ah dilakukan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad menyatakan bahawa, “Daripada Abdullah bin Amr’ ra, bahawa sesungguhnya Rasulullah saw tidak pernah berjabat tangan dengan wanita dalam bai’ah”. 

2. beberapa riwayat dari ?Aisyah r.a. yaitu:

Telah berkata ?Aisyah: ?Tidak pernah sekali-kali Rasulullah Saw menyentuh tangan seorang wanita yang tidak halal baginya.?
[Hadith Riwayat Bukhari Muslim].

Telah berkata ?Aisyah: ?Tidak! Demi Allah, tidak pernah sekali-kali tangan Rasulullah Saw menyentuh tangan wanita (asing), hanya ia ambil bai?at mereka dengan perkataan.? [Hadith Riwayat Bukhari Muslim].

Menurut mereka Hadits-hadits di atas dan serupa dengannya merupakan dalil yang nyata bahwa Rasulullah Saw tidak berjabat tangan dengan wanita bukan mahram (asing). Kerana itu maka hukum berjabat tangan antara lawan jenis yang bukan mahram adalah haram.


3. hadits-hadits yang menunjukkan larangan menyentuh wanita serta hadits-hadits lain yang maknanya serupa. Misalnya hadits shahih yang berbunyi:

Ditikam seseorang dari kalian dikepalanya dengan jarum dari besi, itu lebih baik dari pada menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya. [HR. Thabrani].

Atau hadits yang berbunyi:

Ketiga, juga di dasarkan pada sabda Rasulullah Saw yakni:


Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan wanita.. [HR. Malik, Tirmidzi dan Nasa?i].

4. Berkata Syaikh Al Albani:
"Dalam hadits ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang
yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya, termasuk masalah berjabat
tangan, karena jabat tangan itu termasuk menyentuh."
(Ash Shohihah 1/448)

Disini juga saya letakkan beberpa dalil yg mengharamkannya dari Sumber Rujukan
: Dosa-Dosa Yang Dianggap Biasa, Syaikh Muhammad Shalih Al Munajid : 

Beliau Shallallahu'alaihi wa Sallam juga bersabda, yang artinya: "Sesungguhnya aku tidak menjabat tangan wanita" (HR: Ath Thabrani dalam Al Kabir: 24/342, shahihul jami’: 70554)

Dan dari 'Aisyah radhiyallahu 'anha, dia berkata, yang artinya: "Demi Allah, tiadalah pernah tangan Rasululloh Shollallahu ‘alaihi wa Sallam menyentuh tangan wanita walau sekali. Dan tiadalah beliau memba'iat kaum wanita, kecuali hanya dengan ucapan" (HR: Muslim 3/1489).

Wallaualam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...