16.10.10

Penutup : Menuju Ke Haramain

Posted by Khalil Khusory Zainol 5:34 PM, under | 1 comment

Kepada sesiapa yang mengikuti kisah perjalanan hidupku,pasti menantikan kisah seterusnya berkaitan perjalanan hidup menuju ke Haramain. (Mekah dan Madinah ).


Qiblat Umat Islam



Saya mengharapkan kisah ini dapat memberi semangat kepada kalian untuk datang menjadi tetamu Allah.Bagi peristiwa-peristiwa yang 'pelik',moga-moga ia menjadi pengajaran buat diri ini dan diri kalian.

Sengaja saya berkongsi pengalaman ini,tidak perlu berahsia.'Biarlah rahsia' tidak wujud dalam kisah ini.Wallahualam

Setelah hampir seminggu berada di Madinah,kini tiba masanya kami bertolak menuju ke Mekah untuk menyempurnakan ibadah Umrah.


Antara kenangan manis yang tidak dapat dilupakan,apabila pertama kali melihat kaabah dari jarak dekat..MasyaAllah..Selama ini saya solat mengadap kaabah yang terlalu jauh,tapi kini,berada di depan mata.Selesai menunaikan umrah buat pertama kalinya,terasa berat pula untuk pulang ke hotel yang terletak kira-kira 1 KM dari Masjidil Haram.Rasa mahu beriktikaf terus.Apakan daya,baru sehari sampai ke mekah,pengurusan

Antara Kisah-kisah yang berlaku sepanjang di Masjidil Haram ialah :-


1) Seliparku Hilang


Bukan selipar yang sebenar.sekadar hiasan
Ya,dengar macam lawak kan? hehe..inilah akibatnya tidak meletakkan selipar di tempat yang sepatutnya.Biasalah,pertama kali..tak apa lah,selipar jepun yang hilang.Walaupun saya telah menjumpai selipar tapi  bukan di tempat yang diletakkan,saya tak berani nak ambil,risau kalau selipar milik orang lain.Jadi,pulanglah dengan berkaki ayam hingga ke kedai kasut.


2) Dapat gula-gula :)


sekadar gambar hiasan
Semasa sedang khusyuk membaca quran di atas tangga,menghadap ke arah kaabah,datang seorang makcik 40an duduk berdekatan dengan saya.Saya tahu,makcik tersebut sedang mendengar membaca quran.Saya meneruskan bacaan seperti biasa.Agak letih membaca,berhenti sebentar untuk minum air zam-zam,air yang terbaik di dunia.Kemudian makcik tersebut menegur dalam bahasa arab.Makcik itu mengatakan bahawa dia rasa tenang mendengar bacaan saya yang mungkin baginya bacaan yang baik dari segi tajwid,lagu dan sebagainya.Setelah puas berbual,makcik tersebut mengambil sesuatu dalam begnya dan menghulurkan gula-gula kepadaku.Saya menolak pada mulanya,namun dipaksa juga agar mengambilnya.Pemberian diterima dengan ucapan terima kasih.Saya tak mahu rasa gula-gula tersebut,tetapi ingin menyimpannya buat kenang-kenangan.Yang menghairankan bila sampai di Malaysia,kemana perginya gula-gula tersebut?adakah tercicir atau ada hikmah disebaliknya? Wallahualam.






3) Terima balasan 'cash'


Kisah ini yang membuatkan saya tak boleh lupakan.

Suatu pagi dalam perjalanan menunaikan solat subuh,meredah kesejukan pagi memang mencabar.Sejuknya tak dapat dibayangkan dan boleh menggugat nafsu tidur.fuh..

Saya berjalan keseorangan.


Lalu terlihat 2 orang sahabat satu rombongan umrah saya.Masing-masing ingin menuju ke Masjidil Haram.Jarak kami lebih kurang 100 meter.Tiba-tiba salah seorang daripada mereka tersepak batu di tepi jalan,dan hampir terjatuh.

Saya yang melihat kejadian tersebut,dalam hati mengatakan (''mesti dia tak berhati-hati''..sambil tersenyum)

Apabila melalui tempat sahabat tadi terjatuh,saya cuba berhati-hati.Namun saya terima balasan daripada Allah seperti mana sahabat tadi terjatuh,di tempat yang sama,dengan cara yang sama.Astaghfirullah....

Meneruskan perjalanan dengan harapan Allah mengampunkan dosa-dosa yang lalu dan akan datang.

Allah cuba menguji lagi.


Kawasan Marwah




Semasa melakukan ibadah saie,tiba dikawasan Bathnul Wadi (kawasan yang disunatkan berlari-lari anak),seorang jemaah hampir terjatuh semasa melalui kawasan untuk minum air zam-zam,akibat lantai yang licin.

Kejadian berlaku betul-betul dihadapan mata saya sendiri.Cukuplah kejadian pertama tadi sebagai pengajaran.Istighfar banyak2..

Allah menguji lagi buat kali ke-3

Semasa sedang menunggu waktu solat,pada hari yang sama.
Seorang jemaah yang sedang duduk di atas kerusi tiba-tiba terjatuh kerana kerusi yang dia duduk patah.Betul-betuh jatuh dihadapan saya.Ramai orang yang berdekatan dengan jemaah tadi tolong mengangkat nya.Betul-betul menguji dan memberi pengajaran kepada diri saya agar mengganggap setiap kejadian yang berlaku atas kehendak Allah walaupun mereka berhati-hati sekalipun.

Mencium Hajarul Aswad


Mencium batu yang pernah dipegang oleh Rasulullah amat menguja perasaan.Keinginan dan harapan yang tinggi agar dapat menciumnya.


berkali-kali ku cuba mencium hajarul aswad




Cubaan mencium pertama kali gagal.Petang itu,ramai jemaah dari Pakistan.Saiz badan jangan katalah,semua besar-besar.Saya bersama nukman,mencuba untuk mencium.Nukman berjaya mencium.Baru saja sampai di Hajarul Aswad,saya sudah 'dilambung' oleh jemaah2 yang saiz badan jauh lebih besar.Cubaan hampir 3 kali.

Kali ke-4 mencuba,barulah berjaya mencium.Alhamdulillah.dapat rasa satu kepuasan dapat menciumnya.


Beri 5 Riyal,dapat RM500


Moga mengambil iktibar.Kata ustaz,bersedekahlah kepada pekerja-pekerja amal yang membersihkan sekitar kawasan Masjidil Haram,kerana mereka bekerja secara sukarela tanpa gaji,bukannya kepada peminta sedekah yang ramai 'berkeliaran' di luar kawasan Masjid.Kadang-kadang ada peminta sedekah di luar sana ada satu sindiket meminta sedekah.


Saya ternampak seorang pekerja yang sedang berehat keletihan.Dari jauh pekerja itu tahu yang saya sedang menuju kearahnya.Dengan berbekalkan wang 5 riyal,dihulurkan kepada pekerja tersebut.Umurnya seperti 50 tahun.Kelihatan pakcik tersebut mencium wang 5 riyal yang diberikan,dan mengangkat tangan berdoa.Saya hanya memerhatikan dari jauh setelah memberi wang tersebut.Satu perasaan sedih melihat situasi tersebut.Terbayang-bayang keadaan keluarganya.Senangkah ? Susahkah? anak-anak bersekolah? dan lain2..


Handphone sony ericsson berdering.Rupa-rupanya ayah dan ibu kakak ipar saya,kak Noor telefon.Mereka sekarang berada di Masjidil Haram.Kebetulan mereka mengerjakan umrah,saya juga mengerjakan umrah.Mereka ingin berjumpa.Ayah ibu mentua abang zuraidi menghulurkan RM200.Wah,rezeki dari Allah.


Pulang ke Malaysia,saya mendapat sampul dari ayah.Bila dibuka ada beberapa keping not Rm50.Bila dikira jumlahnya  RM300.Kata ayah duit itu hadiah penyertaan saya setelah mendapat tempat ke-2 dalam tilawah Al-Quran saringan yang telah bertanding 2 hari sebelum bertolak ke Haramain,namun tak sempat menghadiri majlis penutup..RM200 + RM300 = RM500.

Kalau difikirkan balik,mungkin Allah menggandakan wang 5 riyal yang pernah disedekahkan.Allah menggandakan 3 kali ganda.Alhamdulillah..Moga sahabat-sahabat lebih bersemangat untuk bersedekah,insyaAllah yakinlah Allah akan membalasnya berlipat-lipat kali ganda lagi.


Terlintas di fikiran,terus dapat

Peristiwa ini berlaku pada hari terakhir di Mekah.
Ketika hendak melakukan tawaf Wida',pada kebiasaannya saya akan membawa plastik bersama-sama untuk mengisi kasut,agar tidak hilang.Entah kenapa waktu itu saya terlupa membawa plastik.

Dalam fikiran terfikir,macam mana nk masuk kawasan Masjid dengan kasut ditangan?risau akan mengotorkan jubah/baju jemaah yang lain.Baru saja terfikir hal tersebut,tiba-tiba seorang jemaah menghulurkan plastik kepada saya.MasyaAllah,itulah kelebihan berada di Tanah Haram.

Doa Dimakbulkan


Untuk kisah ini,saya akan ceritakan semula bila tiba masanya :) nantikan...






layan di waktu petang

di tingkat 2

perjalanan ke rumah saudara amin

dari kiri - wan mad,khalil,amin

bersama basri

bersama usrah hingga ke Haramain

12.10.10

Ketahui Cara Mudah Menghafal Al-Quran

Posted by Khalil Khusory Zainol 2:49 PM, under | No comments

"Tentu ramai yang ingin tahu cara termudahuntuk FAHAMI 'big picture' Al-Quran &HAFAZ surah idaman SEKALIGUS...
- tak kira sesibuk manapun anda,
'start' menghafaz seperti 'pro' sekarang!"


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...