28.6.13

Panduan Solat Sunat Tasbih

Posted by Khalil Khusory Zainol 5:52 PM, under | No comments


Solat Sunat Tasbih dinamakan solat tasbih adalah disebabkan di dalamnya terdapat bacaan tasbih iaitu sebanyak 300 kali.
KAIFIAT MELAKSANAKANNYA
Sekiranya dilakukan pada waktu siang hari maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan satu salam.
Manakala sekiranya dilakukan pada waktu malam maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan 2 salam.
CARA MENGERJAKANNYA
Terdapat dua cara untuk melakukan Solat ini :
1. Sesudah kita berniat dan bertakbir, kita membaca doa iftitah. Selanjutnya kita membaca tasbih sebanyak 15 kali . Kemudian membaca ta’awudz dan Al-Fatihah serta surah. Sesudah itu kembali membaca tasbih sebanyak 10 kali. Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10 kali dalam rukuk, I’tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua.
2. Bacaan tasbih sebanyak 15 kali dibaca selepas membaca surah, Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10 kali dalam rukuk, I’tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua dan pada menjelang untuk mengerjakan rakaat yang berikut.
Dan bagi rakaat terakhir maka tasbih dibaca sebelum membaca tahiyat.
3. Surah yang biasa dibaca ialah : Pada Rakaat 1 Surah At-Takathur (Alhakumuttakathur), Surah Al-Asr pada Rakaat 2, Surah Al-Kafiruun Rakaat 3 dan Surah Al-Ikhlas Rakaat 4.
Perlu diingatkan kalau sekiranya waktu siang hari bacaan tidak dibaca dengan kuat dan pada rakaat ketiga dan keempat hanya fatihah sahaja dibaca (seperti solat zohor dan asar)
NIAT

أُصَلِّى سُنَّةَ الْتَسْبِيْحِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالىَ
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat Tasbih 2 rakaat kerana Allah Taala.
TASBIH YANG DIBACA

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ
Maksudnya : Maha suci Allah dan pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Besar. Tiada daya upaya melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Agung.
JADUAL TASBIH

1. 4 Rakaat 2 Salam
WAKTU JUMLAH TASBIH
Selepas Iftitah sebelum Fatihah 15
Sesudah surah Rakaat 1 10
Rukuk 10
I’tidal 10
Sujud 10
Duduk antara dua sujud 10
Sujud kedua 10
Selepas surah Rakaat 2 10
Rukuk 10
I’tidal 10
Sujud 10
Duduk antara dua sujud 10
Sujud kedua 10
Sebelum Tahiyyat 15
JUMLAH 150 X 2 = 300 



2. 4 Rakaat 1 Salam

WAKTU JUMLAH TASBIH
Slps Iftitah sebelum Fatihah 15
Sesudah surah Rakaat 1 10
Rukuk 10
I’tidal 10
Sujud 10
Duduk antara dua sujud 10
Sujud kedua 10
Selepas surah Rakaat 2 10
Rukuk 10
I’tidal 10
Sujud 10
Duduk antara dua sujud 10
Sujud kedua 10
Sebelum Tahiyyat Awal 15
Selepas Tahiyyat Awal 15
Sesudah Fatihah Rakaat 3 10
Rukuk 10
I’tidal 10
Sujud 10
Duduk antara dua sujud 10
Sujud kedua 10
Selepas Fatihah Rakaat 4 10
Rukuk 10
I’tidal 10
Sujud 10
Duduk antara dua sujud 10
Sujud kedua 10
Sebelum Tahiyyat Akhir 15
JUMLAH 300
DOA SOLAT TASBIH

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ تَوْفِيْقَ أَهْلِ الْهُدَى وَأَعْمَالَ أَهْلِ الْيَقِيْنَ وَمُنَاصَحَةَ أَهْلِ التَّوْبَةِ وَعَزْمَ أَهْلِ الصَّبْرِ وَوَجَلَ أَهْلِ الْخَشْيَةِ وَطَلَبَ أَهْلِ الرَّعْبَةِ وَتَعَبُّدَ أَهْلِ الْوَرَعِ وَعِرْفَانَ أَهْلِ الْعِلْمِ حَتَّى نَخَافَكَ .
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مَخَافَةًَ تُحْجِزُنَا عَنْ مَعَاصِيْكَ حَتىَّ نَعْمَلَ بِطَاعَتِكَ عَمَلاً نَسْتَحِقُّ بِهِ رِضَاكَ وَحَتَّى نُنَاصِحَكَ فِيْ التَّوْبَةِ وَخَوْفًا مِنْكَ حَتَّى نُخْلِصَ لَكَ النَّصِيْحَةَ وَحَتَى نَتَوَكَّلَ عَلَيْكَ فِيْ اْلأُمُوْرِ كُلِّهَا وَحَتَّى نُحْسِنَ الظَّنِّ بِكَ ، سُبْحَانَ خَالِقِ النُّوْرِ.
Ya Allah, ya Tuhan kami, kami memohon taufik daripada-Mu sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk dan jadikan amalan kami ini seperti mana amalan ahli yakin dan jadikanlah kami dari golongan orang yang menerima nasihat orang-orang yang bertaubat dan keazaman kami seperti mana orang-orang yang sabar dan gementar kami seperti mana orang-orang yang takut dan kami memohon seperti mana permohonan orang yang suka kepada kebaikan dan beribadat seperti orang-orang yang warak dan jadikanlah pengetahuan kami ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga kami termasuk ke dalam orang yang takut kepada Engkau.
Ya Allah, kami memohon kepada-Mu, jadikan kami golongan yang takut yang menghalang kami daripada melakukan maksiat sehinggalah kami beramal dengan taat kepada-Mu amalan yang kami merasakan perlu mendapat keredhaan-Mu dan juga sehingga kami bersungguh-sungguh pada bertaubat serta takut kepada-Mu dan juga sehingga kami betul-betul ikhlas dan tawakal kepada-Mu dalam setiap perkara dan supaya kami menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau, Maha Suci Engkau sebagai Pencipta.


Moga Kembali Menyinar

Posted by Khalil Khusory Zainol 12:53 AM, under | No comments


 Jari ni kembali bergerak untuk berkongsi coretan kisah yang insyaAllah boleh diambil pengajaran.



Semuanya Allah telah aturkan buat kita. Aku yang menaip ini kadangkala lupa nikmat yang Allah kurniakan buatku. Seharusnya kita hitung perkara yang kita telah dapat atau telah nikmati, bukannya menghitung perkara yang belum ada atau belum nikmati. Jika kita seperti itu, sudah tentu kita tergolong dalam golongan yang bersyukur.

Kadangkala bila kita diatas, kita lupa suatu hari nanti kita mungkin akan jatuh. Bila sudah jatuh, ada yang putus harap dan tidak semangat, kerana tidak berfikir kehadapan, bahawa dia boleh naik semula.

Bila Hati Disakiti

Bila hati disakiti, apa perlu buat?

Pertamanya, jangan terus memarahi orang yang menyakiti hati kita, tapi sebaliknya lihat lah diri kita, adakah pernah menyakiti hati orang lain?

Sesetengahnya membuat perumpamaan, bila hati disakiti ibarat mengetuk paku di tiang kayu,walaupun dicabut (memaafkan orang tersebut), kesan paku tetap ada.. 

Nampak macam tiada kesudahan..


Jangan sekadar cabut paku,terus biarkan. Cari penyelesaian.
Cuba guna serbuk kayu untuk tampal kesan paku,guna kertas pasir hilangkan parut,
atau
Jadilah TIANG BESI, bukannya TIANG KAYU

2.3.13

Jadual Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2013

Posted by Khalil Khusory Zainol 9:47 PM, under | No comments



MAJLIS MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-34 
TAHUN 1434H/2013M



3 MAC 2013, HARI AHAD 

MASA                   ACARA
2.30 – 6.00 Petang  Pendaftaran Peserta/Pengiring
                               Ketibaan Jemaah Hakim dan urus setia 
7.30 Malam             Makan Malam
9.00 Malam            Taklimat kepada peserta dari tuan rumah 
                               Taklimat kepada peserta dari JK Kehakiman
                               Cabutan giliran hari bacaan
                               Minum malam

4 MAC 2013, HARI ISNIN 

MASA                   ACARA
7.00 pagi                 Sarapan Pagi
9.30 pagi                 Cabutan Giliran Membaca
12.30 tgh hari          Makan Tengah Hari
2.30 petang             Majlis Raptai Malam Perasmian
6.30 petang             Makan Malam
8.45 malam             Majlis Perasmian Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-34, Tahun 1434H/2013M 

5 MAC 2013, HARI SELASA 

MASA                   ACARA
7.00 pagi                Sarapan Pagi
9.00 – 11.00 pagi   Majlis Menghafaz Al-Quran sesi pagi
                               Makan tengahari
7.00 malam             Makan malam
8.45–11.00 malam  Majlis Menghafaz Al-Quran sesi malam

6 MAC 2013, HARI RABU 

MASA                  ACARA
7.00 pagi                Sarapan Pagi
9.00 – 11.00 pagi   Majlis Menghafaz Al-Quran sesi pagi
                              Jamuan Negeri bersama TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang
7.00 malam             Makan malam
8.45 – 11.00malam Majlis Menghafaz Al-Quran sesi malam 

7 MAC 2013, HARI KHAMIS 

MASA                    ACARA
7.00 pagi                  Sarapan Pagi
9.00 – 11.00 pagi     Majlis Menghafaz Al-Quran sesi pagi
                                Makan tengahari
7.00 malam              Makan malam
8.45 – 11.00 malam Majlis Menghafaz Al-Quran sesi malam

8 MAC 2013, HARI JUMAAT 

MASA                    ACARA
7.00 pagi                  Sarapan Pagi
9.00 – 11.00 pagi     Majlis Menghafaz Al-Quran sesi pagi
                                Makan tengahari
2.30 petang              Raptai Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah 
                                Minum petang
7.00 malam              Makan malam
8.45 – 11.00 malam Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Majlis Menghafaz Al-Quran sesi malam 

9 MAC 2013, HARI SABTU 

MASA                   ACARA
7.00 pagi                Sarapan Pagi
12.00 tangah hari    Check-out/ bertolak ke negeri masing-masing


Untuk makluman, penginapan disediakan untuk peserta, pengiring dan pemandu iaitu 5 
bilik bagi setiap negeri. Pihak penganjur tidak akan menanggung sebarang pertambahan 
penginapan. Manakala bagi urusan penginapan dan pengangkutan di Pulau Pinang boleh 
menghubungi urus setia negeri di talian berikut: 

NAMA PEGAWAI NO. TEL/E-MAIL

Encik Mohd Roselidin bin Ramli 
Eksekutif Jualan & Pemasaran 
TAHA D’Mutiara
H/P: 013-5879689 
Pej.: 04-6412286 
Faks: 04-6412297 
E-mail : ekspemasaran@lth.gov.my/ 
reservationist.tdm@lth.gov.my

Encik Saiful Hafiz bin Shihabudin 
TAHA D’Mutiara
H/P : 019-6491830 
Pej.: 04-6412286 
Faks: 04-6412297 
E-mail : saiful.tdm@lth.gov.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...