30.12.12

Bila Mula Bermain Gitar

Posted by Khalil Khusory Zainol 3:04 AM, under | No comments

Assalamu'alaikum

Post kali ni saja2 nak kongsi pengalaman bermain gitar. Layan ja lah ..hehe :)

Minat aku nak bermain gitar sejak di tingkatan 5, bila melihat sahabat baikku Taufiqh bermain gitar di Asrama skolah.(memang dasyat bwk gitar masuk asrama..hehe) 

Nak dengar lagu yang dia main? Boleh dengar  DI SINI . dia main gitar. Aku dan Izzuan nyanyi.

Abg Sham Kamikaze inspirasi untuk aku terus bermain gitar untuk dakwah


Sejak tu aku mula minat sangat dengan gitar.. Setelah 3 tahun, barulah aku mula beli gitar RM130 dan belajar.. Dengan panduan belajar gitar ni, aku boleh lah main2 skit, gaya amatur yg baru nak mula..

Panduan belajar Gitar boleh KLIK BANNER DI BAWAH



Hasilnya.....



Hehehe..

Tak seperti yang diharapkan, aku bukan pandai main sangat, video diatas saja test2..layan ja lah :) Sekian

18.12.12

Perkongsian Tentang P1 4G

Posted by Khalil Khusory Zainol 1:51 PM, under | No comments


Assalamu'alaikum.

Post kali ni sekadar berkongsi pendapat tentang P1 4G yang telah aku langgan sejak 3 bulan yang lalu..

Aku melanggan P1 pakej Rm99 punya. Dengan pendaftaran RM100 (daftar di C-Mart Arau) aku dapat P1 seperti gambar di atas dan telefon.

Tentang bayaran bulanan aku rasa kecewa skit sebab tak dapat info sepenuhnya daripada promoter (info ini aku dapat bila dah daftar,bayar RM100) iaitu tarikh yang perlu dibayar.(ada byk tarikh yg ditunjukkan). Memandangkan aku daftar pada 26hb (kalau x silap) maka tiap2 bulan bil akan keluar pada 8hb setiap bulan.

Jadi mudah fahamnya, aku dah daftar 26/09/2012, bil pertama aku perlu bayar ialah pada 08/10/2012. 12 hari aku guna, bayarnya full seolah-olah dah guna sebulan..

Nasihat saya tentang hal ni, kalau nak daftar, daftar la hujung bulan ke, lega skit nak bayar sebulan kemudian. Tapi kalau nak lebih faham, tanya secara mendalam tentang bil bayaran bulanan, tarikh, hal2 kalau terlambat bayar, lain2 kepada promoter tu. Biar faham semua, baru DAFTAR..

Untuk itu, aku ingin membantu sahabat2 yang berminat untuk melanggan P1 4G, sahabat2 hanya emailkan kat aku ( seindah_nasyeed@yahoo.com ) butiran NAMA, Email, dan n0. HP untuk saya masukkan dalam self care (website http://www.p1.com.my/ ). Nanti pihak P1 sendiri akan call atau email kepada sahabat2 lebih mendalam lagi. Promoter kdg2 x pandai nak bercerita bg orang faham n kdg2 kita sendiri yang x faham..hehe.

Ok, ada lagi perkongsian...

Tentang telefon yang diberikan. Bulan2 kena bayar RM15 ( sama ada guna atau tidak ) + bil P1 Rm99. Memandangkan aku jarang guna telefon yang diberikan, sbb dah ada HP sendiri, kita boleh pulangkan semula telefon tersebut tanpa sebarang bayaran. Hanya call P1 dan maklumkan sahaja, dan pulangkan telefon dalam keadaan baik. 

PERHATIAN !!!

Jangan gtau nak pulangkan P1 skali, sbb dalam syarat kontrak, kalau kita nak stop melanggan P1, kena bayaran RM200, selagimana kontrak kita belum habis (setahun atau 2 tahun . Macam aku hanya kontrak setahun sahaja.

Secara keseluruhannya, aku berpuas hati sebagai pengguna P1, dapat juga menjalankan bisnes online Stormreaders n bisnes sampingan yang lain.

Setakat ini sahaja kot, nak panjang2 lagi, P1 sendiri akan maklumkan melalui HP atau email.. sahabat2 hanya emailkan ke seindah_nasyeed@yahoo.com butiran seperti NAMA, No.HP dan Email. 

Wassalam.

29.11.12

Kaedah Mengulang Hafazan Al-Quran

Posted by Khalil Khusory Zainol 12:38 AM, under | No comments

بسم الله الرحمن الرحيم

Bagi seseorang hafiz yang telah rasikh hafazannya, kekuatan mengulang bergantung kepada kekuatan daya ingatan yang dimiliki. Ada setengah-setengah hafiz yang betul-betul rasikh, mereka hanya mengulang satu juzuk dalam sehari, bermakna setiap bulan mereka khatam al-Quran sekali. Cara ini hanya dapat dilakukan oleh hafiz yang setidak-tidaknya sudah puluhan tahun dari masa khatamnya.

Walau bagaimanapun, secara umumnya kekerapan mengulang bagi mereka yang rasikh adalah dua atau tiga kalikhatam dalam masa sebulan. Ini adalah cara mengulang yang sederhana dan tidak membebankan sekiranya mereka betul-betul berdisplin dan beristiqamah.

Adalah menjadi tanggungjawab seorang hafiz untuk mengulang bacaan mereka setiap hari. Tanpa pengulangan ayat-ayat al-Quran, hafazan akan lupa secara beransur-ansur sekalipun seseorang itu mempunyai ingatan yang kuat.

Dalam mengulang-ulang hafazan yang telah lama diperolehi, Abu Najihat al-hafiz (2001:77-78) telah memberi beberapa peringatan kepada seorang penghafaz al-Quran:

A. Untuk lebih mendisplinkan masa dalam melaksanakan pengulangan, sebaiknya seorang hafiz mempunyai keyakinan bahawa memelihara dan menjaga hafazan adalah suatu kewajipan istimewa yang ada hubungan secara langsung dengan Allah s.w.t.
 
B. Adalah menjadi suatu kesalahan bagi seorang hafiz sekiranya dia mempunyai semangat bermusim dalam mengulangkaji hafazan. Janganlah sekali-kali mengulang satu kali khatam dalam satu hari ketika rajin kemudian dalam masa yang lama seperti tiga atau empat minggu tidak melakukan pengulangan kerana dilanda perasaan malas. Kebiasaan sebagaimana di atas dapat menjejaskan hafazan dan boleh jadi lambat laun akan lupa hafazannya kerana diselimuti perasaan malas yang berterusan.

C. Kebiasaan menunda dan menangguhkan pengulangan hanya akan menambah perasaan malas pada hari yang berikutnya. Hal ini sebenarnya merupakan pembawaan nafsu malas itu sendiri yang mengajak kepada menangguh-nangguhkan tugasan dari satu masa ke masa yang berikutnya. Untuk mengelakkan kemalasan ini,usaha pengulangan hendaklah dijadikan kewajipan khas setiap hari pada satu masa yang telah ditentukan sebagaimana ketentuan waktu di dalam solat lima waktu.

Tiga perkara di atas adalah sangat penting untuk diambil berat oleh golongan huffaz yang ingin berjaya dengan cemerlang dan mendapatkan syafaatnya pada hari kiamat kelak.


Kaedah Mengekalkan Hafazan (Muraja'ah/I'adah)

Pengekalan hafazan (Muraja'ah/I'adah) merupakan peringkat di mana mengekalkan hafazan yang tersimpan dalam ingatan. Bagi seorang hafiz al-Quran, adalah amat penting dan menjadi kewajipan supaya dia menjaga dan memelihara hafazannya agar terus kekal dalam ingatannya.

Berikut adalah beberapa kaedah yang boleh dipraktikan mengekalkan hafazan iaitu:

A. Bergaul dengan mereka yang telah menjadi hafiz.
 
Kebiasaannya pada suatu tahap tertentu akan timbul rasa jemu dan malas untuk mengulangkaji hafazan walaupun pada awalnya semangat tersebut amat berkobar-kobar. Di sinilah fungsinya bergaul dengan orang-orang yang sedang atau sudah menghafaz al-Quran. Ia dapat membantu seseorang itu untuk konsisten dalam mengulang-ulang ayat-ayat al-Quran kerana wujudnya semangat persaingan untuk berlumba-lumba membacanya. Selain itu, mereka turut berperanan sebagai pemberi motivasi kepada seseorang yang mula malas dan lesu untuk mengulang hafazan.

B. Mendengar bacaan hafiz al-Quran.
 
Mendengar bacaan dari seorang hafiz al-Quran dapat memberi semangat kepada seseorang yang ingin mengekalkan hafazannya. Hal ini boleh dilakukan dengan mendengar kaset-kaset rakaman, radio ataupun cakera padat al-Quran. Sekiranya ingin memperolehi manfaat yang lebih banyak, seseorang hafiz itu boleh mendengar dengan teliti bacaan-bacaan yang diperdengarkan dengan memerhatikan hukum-hukum tajwidnya, ghunnah-ghunnahnya serta alunan irama bacaannya.

C. Mengulang hafazan bersama orang lain.
 
Cara ini merupakan cara popular yang digunakan oleh para ulama zaman dahulu untuk mengingati ilmu yang telah mereka pelajari. Begitu juga bagi seorang hafiz yang melakukannya secara konsisten, hafazan al-Quran lebih mudah dikekalkan. Malah pada masa yang sama, ketika berlaku ketidaklancaran pada bacaan salah seorang antara mereka, rakannya dapat membetulkan bacaan tersebut.

D. Selalu membaca ayat yang dihafaz di dalam solat.
 
Seringkali membaca ayat-ayat yang telah dihafaz di dalam solat sudah tentu akan memudah dan melancarkan lagi hafazan seseorang. Ini kerana suasana solat itu sendiri memerlukan konsentrasi dan keseriusan dalam melaksanakan ibadat tersebut. Maka seorang hafiz perlulah membuat pengulangan bacaan yang intensif dan melapangkan waktu yang agak panjang. Walaupun demikian, ini bukanlah bermakna tidak terdapat langsung kesalahan seperti kesilapan bacaan ataupun terlupa ayat yang hendak dibaca semasa membacanya di dalam solat. Namun apabila perbuatan ini menjadi rutin, lama-kelamaan akan terhasil juga satu sistem hafazan ayat-ayat suci al-Quran yang amat lancar.

E. Menyertai Musabaqah ‘Hifz al-Quran’.
 
Dengan mengikuti pertandingan seumpama ini menyebabkan seseorang itu mendapat motivasi untuk mengulang hafazannya secara berulangkali. Ini kerana pertandingan tersebut dianggap satu suasana ujian yang amat genting. Melalui pertandingan yang disertai ini, penghafaz bukan sahaja dapat menguji kemampuannya dalam menghafaz ayat al-Quran malah turut memperolehi pengalaman yang berharga apabila dapat bertukar-tukar ilmu dan buah fikiran dengan peserta daripada daerah dan negeri lain.


Dipetik dari: KEBERKESANAN KAEDAH HAFAZAN DI PUSAT TAHFIZ

PENYELIDIK-PENYELIDIK:
USTAZ ABDUL HAFIZ BIN HAJI ABDULLAH
PROF. MADYA AJMAIN BIN SAFAR
USTAZ MOHD ISMAIL BIN MUSTARI
USTAZ AZHAR BIN MUHAMMAD
USTAZ IDRIS BIN ISMAIL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2003

-------------------------------- 
حسبي الله ونعم الوكيل ولا حول ولا قوة إلا بالله العليّ العظيم
Sumber Asal : http://cendekiawanalhafiz.blogspot.com/2012/01/kaedah-mengulang-hafazan-yang-telah.html

12.10.12

Tips Kewangan Cara Kami

Posted by Khalil Khusory Zainol 9:03 PM, under | 1 comment

ASSALAMU'ALAIKUM SEMUA

  Kali ni aku nak berkongsi dengan sahabat sekalian tentang pengurusan kewangan selepas kahwin. Moga bermanfaat buat semua yang pasti, jika ada kekurangan harap dimaafkan kerana kami ni bukanlah pakar perancang kewangan atau bidang kewangan.

 Kewangan kita mungkin tidak stabil selepas majlis kenduri diadakan. Maklum lah duit banyak habis untuk majlis tersebut tak kira majlis kecil-kecilan atau besar-besaran. Yang pastinya majlis kami hanya sederhana sahaja, bajet untuk 1000 orang.

 Bila kewangan goyah (sebab duit banyak keluar), sumber kewangan masuk WAJIB kena ikhtiar. Kena ada plan. Mungkin sahabat2 dapat sumber kewangan dari...

  • Ibu Bapa (FAMA)
  • Kerja Tetap
  • Kerja Part Time (bisnes)
  • PTPTN (hangpa bayaq habis ka dak lagi??haha )
  • Dan sebagainya asalkan sumber yang HALAL ok!
  Bagi aku pula, sumber dari kerja di Ma'had Tahfiz al-Quran al-Imam an-Nawawi (MATIN) dengan gaji RM1200 + mengajar mengaji al-Quran RM430.

Pembahagian Kewangan

   Kewangan kami di agihkan kepada beberapa bahagian. Dengan sumber masuk Rm1200 + Rm430, kami agihkan mengikut ''Sampul Duit''

  1. Sampul 10%
  2. Sampul Kereta
  3. Sampul Minyak
  4. Tabung Syiling
Sampul 10%

  Duit Rm1630 (jumlah sumber masuk keseluruhan) akan kami tolak sebanyak 10% untuk dimasukkan ke dalam sampul 10%. Rm1630 x 10% = Rm163

  Apa gunanya duit 10% ni? Duit 10% merupakan simpanan tetap kami untuk masa hadapan. Mungkin kami diuji dengan masalah kewangan ke, apa ke, jd duit yang disimpan Rm163 tiap2 bulan sebagai 'penyelamat' bila gawat.

  Mungkin sahabat semua mempunyai sumber masuk yang lebih banyak, maka boleh lah mula dengan 20% atau 30% dan seterusnya, sebagai SIMPANAN TETAP.

   Untuk pelajar, mungkin dalam sebulan dia simpan rm10 pun ok, sebagai SIMPANAN TETAP.. Dengan kata lain, kalian mesti ada SIMPANAN TETAP dari sekarang (walaupun bujang) =)

Sampul Kereta

   Sejak berkahwin, lebih kurang sebulan lepas kahwin aku ambil keputusan untuk membeli kereta untuk kemudahan kami bergerak ; balik Gerik, p kerja.....

Bayaran bulanan kereta Myvi S.E 1.5 sebanyak Rm646. Jadi, duit yang kami dapat akan masukkan ke dalam sampul kereta, supaya tak terambil atau terguna duit tu.

Mungkin kalian nak buat Sampul bil, Sampul Makan, dan segala mak nenek sampul,terpulang lah..hehe :)

Sampul Minyak

  Sampul minyak ni pun pening jugak, sebab kerap habis dan berkurang. Untuk bulan pertama, kalian boleh buat 'survey' berapa banyak guna duit untuk minyak. Saya anggarkan Rm30 untuk minyak sebulan (kalau p jalan2, lagi banyak guna).

  Jadi kalian kena hadkan penggunaan minyak kenderaan, mungkin RM50 sahaja sebulan atau kurang (ikut kadar penggunaan kenderaan).

Sampul yang kami gunakan



NAK TIPS LAGI, BOLEH DAPATKAN EBOOK DIBAWAH INI OK :)





Tabung Syiling

Kegunaan tabung syiling ialah untuk menyimpan duit syiling lah :) ada syaratnya..

  Bila nak membeli barang ka, shoping ka, pastikan kalian menggunakan Wang Kertas SAHAJA, walaupun nak beli coklat 20 sen, guna wang kertas Rm1.. lebihan duit syiling 80 sen tu, simpan dalam Tabung Syiling.

  Tapi kebanyakkan kita tak suka simpan duit syiling, sebab berat. Kalau berat, simpan dalam tabung lah :). Percayalah, kaedah ni dapat menjimatkan duit kita tanpa kita sedar. Duit syiling ni boleh la simpan untuk anak2 nanti ka,apa ka..terpulang.

Ke mana lagi duit keluar?

Rm100 akan diberikan kepada mak, Rm100 kepada mak mentua dan Rm100 kepada Zaujah :)

Tabung yang digunakan

Proses 'memecahkan' tabung

Jumlahnya hampir RM200, simpanan buat Muqri
Yakin lah, rezeki lepas kahwin juga bergantung kemana kita manfaatkan duit tu, berilah sekadar yang termampu kepada isteri, kedua ibu bapa kandung dan mentua kita. InsyaAllah ada rezeki lain yang datang.

Wassalam.......




Selamat Tinggal Zaman Bujang

Posted by Khalil Khusory Zainol 6:59 PM, under | No comments

Assalamu'alaikum
kepada semua sahabat dan sahabiah sekalian yang sudi jenguk blog yang x seberapa ni.

Ini merupakan post yang pertama tentang mahligai cinta yang telah dibina pada 21 Oktober 2011 bersama zaujah tersayang, Nur Qhaznin Elyani Bt Abd Rahim.



Sudah hampir setahun kami mengharungi bahtera rumahtangga, alhamdulillah Allah telah kurniakan kami rezeki yang merupakan amanah dariNYA untuk kami corakkan.

Tanggal 7 September 2012 Masihi bersamaan 20 Syawal 1433 Hijrah, hari Jumaat yang mulia penghulu segala hari, MUHAMMAD MUQRI KHALILULLAH BIN KHALIL KHUSAIRI (nama panjang berjela :) ) selamat dilahirkan secara normal di Hospital Gerik, Perak

Muqri dilahirkan jam 6.48 pagi dengan berat 2.9 Kg
Pengalaman sepanjang bergelar Suami

   Hidup bermula zaman bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, penuh dengan pengalaman yang tak dapat dilupakan. 22 tahun rasa singkat, sedar-sedar dah jadi suami orang :)

   Masa nak angkat nikah, rasa badan terapung-apung ja, macam pening. Dengan sekali lafaz, aku sah menjadi suami Nur Qhaznin Elyani. Macam tak percaya lak :)

   Lepas jadi suami ni, dari segi kewangan rasa lebih terurus dan tersusun, tak ada rasa nak 'buang duit'. Saya dan zaujah merancang kewangan cara kami lah. Cara kami merancang kewangan boleh baca DI SINI.

  Hati pun rasa tenang bila ada isteri, tak control macho lah lebih kurang.hehe.. contohnya kejadian di C-Mart Arau, masa aku nak bayar di kaunter, duit syiling tiba-tiba 20sen terjatuh, golek sampai kat gerai cool blog. Dengan slumbernya aku kutip tanpa rasa segan+ malu.. Kalau zaman bujang, kira halal lah kot, tak kutip dah :)

Moga Tips Rumahtangga ini dapat membantu =)

  Pengalaman sepanjang bergelar Bapa

Minggu sebelum isteri bersalin, hati memang rasa gelisah dah, saat zaujah berjauhan di Gerik, aku di Arau.

Antara sahabat2 yang komen, beri semangat dan nasihat. Syukran semua :)

   Malam sebelum zaujah bersalin, aku dah buat persediaan. Baju dan barang2 penting yang lain dah siap letak dalam bonet kereta. Jam 2 pagi Mak mentua call, zaujah dah masuk hospital. Aku dengan segera bertolak balik Gerik keseorangan. 2 jam setengah masa untuk sampai. Selalunya 3 jam setengah. Trafik light merah nampak hijau, sebeb tu cepat sampai :)

Hari ke-4 Muqri lihat dunia
   Rasa kecewa tak dapat masuk tengah zaujah bersalin, mak guard tak bagi masuk plak. Selesai solat subuh, 6.48 pagi zaujah selamat melahirkan Muqri. Jam 8 pagi baru lah boleh tengok si comel Muqri, azan iqamah dan tahnik mulut Muqri. Zaujah perlu bermalam di hospital 24jam baru boleh keluar, sebab anak 1st kata doktor, perlu pantauan lagi.

Ummu Muqri dan muqri dah boleh keluar hospital, malam tu bermula lah tugas menjaga Muqri. Jadual tidur Muqri tak menentu lagi, mujur saya dapat cuti kerja seminggu, dapat la tolong zaujah menjaga anak kami yang comel ni =)

Hari ke-3 Muqri kena demam kuning atau jaundice, dari 8 naik 12..ikhtiar guna sengkuang cina, umi minum HiGoat, Alhamdulillah dah normal.


Aku tinggalkan zaujah berpantang di rumahnya sendiri di kuaters imam Masjid Jamek Gerik (ayah mentua imam kat masjid tu). Cadangnya berpantang sebulan di Gerik, dan selebihnya di rumah kami di Arau. Ku sangkakan panas hingga ke petang,rupanya hujan di minggu ke-2. Rasa kekurangan lak, dah ada anak, tapi tak dapat lihat anak tiap2 hari. Minggu ke-2 pujuk zaujah berpantang di Arau.hehe..



Muqri tidur dengan bacaan Syeikh Mahmud Khalil Khusory

Dapatkan Panduan Anak Soleh Di Sini, Moga Bermanfaat Buat Semua =)
 
Sejak dari awal lagi, aku dah serius dengan niat ini, supaya Muqri sangat dekat dengan al-Quran. Sejak dalam kandungan lagi, Muqri dah didedahkan dengan bunyi bacaan al-Quran, hingga lah Muqri dilahirkan. Hingga sekarang 12/10/2012 Muqri tidur tiap2 malam dengan bacaan al-Quran syeikh al-Ghamidi atau Syeikh al-Hasyim ataupun Syeikh Mahmud Khalil Khusory al-Muqri :)

   Abi dia pun baca jugak lah, waktu lapang, kadang2 baca ratib al-imam al-Haddad, supaya dia biasa dengan suasana sebegitu.



Saat Muqri di tahnik di Masjid MATIN

Muqri juga berkongsi kegembiraan bersama abi dan umi, bila di tahnik oleh 2 orang tokoh ini, al-Fadhil Ustaz Nazrul Nasir dan al-Fadhil Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre. Moga suatu hari nanti Muqri akan menjadi seperti mereka juga, ilmu yang dapat disampaikan kepada masyarakat. Sahabat doakan kami ya :)

Setakat itu dulu perkongsian kali ini, insyaAllah nantikan post yang seterusnya. Sahabat sahabiah boleh follow fb saya Di Sini ,sebarang pertanyaan boleh juga email ke seindah_nasyeed@yahoo.com
























12.4.12

Doaku Di Makbulkan Allah

Posted by Khalil Khusory Zainol 8:25 PM, under | 1 comment




 Artikel kali ni berkaitan dengan perjalanan hidup saya. Setelah menunaikan umrah tahun 2010 yang lepas,satu persatu doaku dimakbulkan. Antara doa yang diminta ialah :-

Umrah 2010

  • Di Makkah, saya berdoa agar diberi peluang mewakili Malaysia ke peringkat Antarabangsa, dalam tilawah al-Quran. Saya nie bukanlah seorang Qari yang terbaik di Malaysia, cuma pengharapan tinggi ingin 'merasai' pengalaman bawa nama negara. Pengalaman saya dalam bidang Tarannum :
2007 : Johan Negeri Perlis, tilawah sekolah menengah
2008 : Naib Johan Daerah Hulu Selangor,ketika berada di Tahun 1 Darul Quran
2010 : Naib Johan Negeri Perlis, anjuran JAIPs
2011 : Tempat Ke-3, Saringan Negeri Perlis.

Alhamdulillah, keinginan mewakili Negara tercapai, Allah berikan aku rezeki mewakili Malaysia pada Januari 2011 dalam tarannum Al-Quran di Mashad, Iran.

Dari kiri: Thoher (Indon),Saya ,Umar (M'sia),Salim (Indon),Kemboja,Pengiring m'sia,urusetia iran,dan wakil thailand

Jalan2 ziarah sekitar Mashad,Iran

Peserta2 dari seluruh dunia


  • Saya juga ambil kesempatan berdoa di hadapan Kaabah, agar dikurniakan isteri yang solehah & cantik. Hehe. Alhamdulillah, pada 21 Oktober 2011, saya dan zaujah Nur Qhaznin Elyani Bt. Abd Rahim selamat diijabkabulkan. Seorang Hafizah. Mukanya yang tenang, sejuk mata memandang,. Moga jodoh kami berkekalan hingga ke akhirnya.
bersama zaujah yang dicintai



  • Juga berdoa agar murah rezeki. Alhamdulillah, setelah berkahwin, rezeki makin murah. sehingga dapat membeli sebuah kereta Myvi 1.5 SE Auto :)
Dibeli pada 23 Mac 2012 :)

PESANAN SAYA

  1. Yakinlah 100%  dengan perkara BAIK yang anda hendak lakukan. Apa sahaja, seperti hendak membina rumahtangga :)
  2. Fikirkan perkara Positif dalam setiap tindakan tersebut, usah fikirkan yang negatif kerana ia akan mengganggu anda untuk melakukan perkara baik itu.
  3. Bagi pasangan yang ingin berkahwin, pasti akan terlintas difikiran kalian akan ujian-ujian dalam rumahtangga. Ya, sudah tentu ada ujiannya yang bakal dihadapi. Jangan Fikir Masalah, tp Fikir Cara Mengatasi Masalah. Agama dijadikan panduan, Rasulullah menjadi tauladan & ikutan.


Realiti hidup : Renungan Buat Pasangan

Posted by Khalil Khusory Zainol 12:58 AM, under | 6 comments




Kisah yang akan diceritakan ini adalah pengalaman saya sendiri. Moga dapat mengambil manfaat daripadanya.

    Saya bertolak ke tempat kerja di Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Imam An-Nawawi (MATIN) sekitar jam 7.15 pagi. Dalam perjalanan, saya ternampak satu pasangan ini, menaiki basikal, kadangkala bertembung di Kubang Gajah, atau Jejawi. Kali pertama bertembung ok lagi,kali ke-2 dan seterusnya saya tertanya-tanya, dari mana datangnya pasangan tersebut dan nak ke mana? hampir setiap hari. Si suami mengayuh, Si isteri di belakang.

    Ditakdirkan saya bertembung lagi dengan pasangan tersebut, dalam perjalanan ke arau, 11 April 2012, sekitar jam 8 malam,  Si suami sedang menuntun basikalnya menaiki jambatan kereta api di Batas Liku, dengan Si isteri masih duduk dibelakang. Terdetik dihati untuk follow pasangan nie. Saya terus ikut mereka dari belakang.

   Mereka berhenti di sebuah gerai makan. Saya turut singgah, dan order makan walaupun perut tak lapar,sambil perhati pasangan ini, tak jauh dari meja mereka. Pasangan ini memesan air sejuk kosong dan air milo. Bila tauke kedai tanya 'nak makan apa?' , mereka nampak seperti berfikir, dan hanya memesan minuman sahaja.

   Pesanan makanan saya sampai,melalui meja pasangan tersebut. kata si suami, '' Abg teringin nak makan kuew teaw''.

   Selesai makan, saya bergerak ke meja pasangan tersebut,dan minta izin untuk duduk disitu. Berlaku perbualan antara kami.

   Si suami kerja di syarikat Idaman, yang setiap hari kerjanya mengutip sampah. Isterinya kerja jaga parking di kangar. Sewa rumah Rm150 sebulan. Mereka telah berkahwin setahun yang lalu, masih tak mempunyai anak. Upah si isteri pada hari itu hanyalah Rm51, upah tak menentu, bergantung pada jumlah motor yang parking.

   Yang menariknya, si suami memanggil isterinya 'Sayang' :) . Si suami berkata, mungkin x ada yang sanggup naik basikal berdua dari Arau ke Kangar sejauh 9 KM setiap hari, redah hujan panas.

Saya panggil tauke gerai makan untuk ambil order makanan pasangan tersebut. Nampak si isteri terkejut. Bila saya kata nak belanja,nampak mereka malu-malu, dan fikir panjang... dan order jugak :) Saya tinggalkan mereka sambil mereka nikmati makan malam.

Realiti Hidup : Renungan Buat Pasangan ...

Yang bakal berkahwin dan Yang Telah Berkahwin.

Sanggupkah kalian ambil prinsip ' Hidup Susah Senang Bersama' ?

Pengorbanan si suami yang sanggup naik basikal bersama isterinya setiap hari sejauh 9 KM, dengan kata lain sanggup bersusah-payah demi mencari rezeki yang halal.

Buat Suami

Adakah....
  • Anda sanggup bekerja keras mencari rezeki halal untuk keluarga?
  • Anda berusaha menaik taraf hidup keluarga anda?
  • Anda masih lagi mengekalkan kemesraan seperti mula-mula kahwin?
  • Anda berusaha memberi 'makanan ruh' kepada keluarga anda?seperti berjemaah bersama, membaca al-Quran dan lain-lain?
  • Anda menjaga perasaan isteri? atau membiarkan isteri susah hati tanpa melakukan sesuatu seperti memujuk dan lain-lain?
Buat Isteri

Adakah...

  • Anda sanggup bersama suami walaupun hidup susah?
  • Anda menghiburkan hati suami ketika suami penat pulang dari bekerja?
  • Anda sanggup menerima suami anda seadanya?
MUHASABAH DIRI

''Ya Allah, jadikanlah aku orang yang kaya serta beriman agar dapat menolong orang-orang yang susah.''





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...