12.4.12

Realiti hidup : Renungan Buat Pasangan

Posted by Khalil Khusory Zainol 12:58 AM, under | 6 comments




Kisah yang akan diceritakan ini adalah pengalaman saya sendiri. Moga dapat mengambil manfaat daripadanya.

    Saya bertolak ke tempat kerja di Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Imam An-Nawawi (MATIN) sekitar jam 7.15 pagi. Dalam perjalanan, saya ternampak satu pasangan ini, menaiki basikal, kadangkala bertembung di Kubang Gajah, atau Jejawi. Kali pertama bertembung ok lagi,kali ke-2 dan seterusnya saya tertanya-tanya, dari mana datangnya pasangan tersebut dan nak ke mana? hampir setiap hari. Si suami mengayuh, Si isteri di belakang.

    Ditakdirkan saya bertembung lagi dengan pasangan tersebut, dalam perjalanan ke arau, 11 April 2012, sekitar jam 8 malam,  Si suami sedang menuntun basikalnya menaiki jambatan kereta api di Batas Liku, dengan Si isteri masih duduk dibelakang. Terdetik dihati untuk follow pasangan nie. Saya terus ikut mereka dari belakang.

   Mereka berhenti di sebuah gerai makan. Saya turut singgah, dan order makan walaupun perut tak lapar,sambil perhati pasangan ini, tak jauh dari meja mereka. Pasangan ini memesan air sejuk kosong dan air milo. Bila tauke kedai tanya 'nak makan apa?' , mereka nampak seperti berfikir, dan hanya memesan minuman sahaja.

   Pesanan makanan saya sampai,melalui meja pasangan tersebut. kata si suami, '' Abg teringin nak makan kuew teaw''.

   Selesai makan, saya bergerak ke meja pasangan tersebut,dan minta izin untuk duduk disitu. Berlaku perbualan antara kami.

   Si suami kerja di syarikat Idaman, yang setiap hari kerjanya mengutip sampah. Isterinya kerja jaga parking di kangar. Sewa rumah Rm150 sebulan. Mereka telah berkahwin setahun yang lalu, masih tak mempunyai anak. Upah si isteri pada hari itu hanyalah Rm51, upah tak menentu, bergantung pada jumlah motor yang parking.

   Yang menariknya, si suami memanggil isterinya 'Sayang' :) . Si suami berkata, mungkin x ada yang sanggup naik basikal berdua dari Arau ke Kangar sejauh 9 KM setiap hari, redah hujan panas.

Saya panggil tauke gerai makan untuk ambil order makanan pasangan tersebut. Nampak si isteri terkejut. Bila saya kata nak belanja,nampak mereka malu-malu, dan fikir panjang... dan order jugak :) Saya tinggalkan mereka sambil mereka nikmati makan malam.

Realiti Hidup : Renungan Buat Pasangan ...

Yang bakal berkahwin dan Yang Telah Berkahwin.

Sanggupkah kalian ambil prinsip ' Hidup Susah Senang Bersama' ?

Pengorbanan si suami yang sanggup naik basikal bersama isterinya setiap hari sejauh 9 KM, dengan kata lain sanggup bersusah-payah demi mencari rezeki yang halal.

Buat Suami

Adakah....
  • Anda sanggup bekerja keras mencari rezeki halal untuk keluarga?
  • Anda berusaha menaik taraf hidup keluarga anda?
  • Anda masih lagi mengekalkan kemesraan seperti mula-mula kahwin?
  • Anda berusaha memberi 'makanan ruh' kepada keluarga anda?seperti berjemaah bersama, membaca al-Quran dan lain-lain?
  • Anda menjaga perasaan isteri? atau membiarkan isteri susah hati tanpa melakukan sesuatu seperti memujuk dan lain-lain?
Buat Isteri

Adakah...

  • Anda sanggup bersama suami walaupun hidup susah?
  • Anda menghiburkan hati suami ketika suami penat pulang dari bekerja?
  • Anda sanggup menerima suami anda seadanya?
MUHASABAH DIRI

''Ya Allah, jadikanlah aku orang yang kaya serta beriman agar dapat menolong orang-orang yang susah.''





6 Maklumbalas:

subhanallah....
izin share ye akhi..

Ya, silakan. :) cuma mohon disertakan UrL asalnya ye.syukran :)

ada kisah di sebalik semua nih yg perlu khalil tahu .. =)

subhanallah...,
Cerita muhasabah yg menarik...,
Teringat satu firman Allah :
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” – (An-Nur:32)

Kak Dila - Mohon pencerahan tentang kisah disebalik semua ni yg perlu khalil tau :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...