12.4.12

Doaku Di Makbulkan Allah

Posted by Khalil Khusory Zainol 8:25 PM, under | 1 comment




 Artikel kali ni berkaitan dengan perjalanan hidup saya. Setelah menunaikan umrah tahun 2010 yang lepas,satu persatu doaku dimakbulkan. Antara doa yang diminta ialah :-

Umrah 2010

  • Di Makkah, saya berdoa agar diberi peluang mewakili Malaysia ke peringkat Antarabangsa, dalam tilawah al-Quran. Saya nie bukanlah seorang Qari yang terbaik di Malaysia, cuma pengharapan tinggi ingin 'merasai' pengalaman bawa nama negara. Pengalaman saya dalam bidang Tarannum :
2007 : Johan Negeri Perlis, tilawah sekolah menengah
2008 : Naib Johan Daerah Hulu Selangor,ketika berada di Tahun 1 Darul Quran
2010 : Naib Johan Negeri Perlis, anjuran JAIPs
2011 : Tempat Ke-3, Saringan Negeri Perlis.

Alhamdulillah, keinginan mewakili Negara tercapai, Allah berikan aku rezeki mewakili Malaysia pada Januari 2011 dalam tarannum Al-Quran di Mashad, Iran.

Dari kiri: Thoher (Indon),Saya ,Umar (M'sia),Salim (Indon),Kemboja,Pengiring m'sia,urusetia iran,dan wakil thailand

Jalan2 ziarah sekitar Mashad,Iran

Peserta2 dari seluruh dunia


  • Saya juga ambil kesempatan berdoa di hadapan Kaabah, agar dikurniakan isteri yang solehah & cantik. Hehe. Alhamdulillah, pada 21 Oktober 2011, saya dan zaujah Nur Qhaznin Elyani Bt. Abd Rahim selamat diijabkabulkan. Seorang Hafizah. Mukanya yang tenang, sejuk mata memandang,. Moga jodoh kami berkekalan hingga ke akhirnya.
bersama zaujah yang dicintai



  • Juga berdoa agar murah rezeki. Alhamdulillah, setelah berkahwin, rezeki makin murah. sehingga dapat membeli sebuah kereta Myvi 1.5 SE Auto :)
Dibeli pada 23 Mac 2012 :)

PESANAN SAYA

  1. Yakinlah 100%  dengan perkara BAIK yang anda hendak lakukan. Apa sahaja, seperti hendak membina rumahtangga :)
  2. Fikirkan perkara Positif dalam setiap tindakan tersebut, usah fikirkan yang negatif kerana ia akan mengganggu anda untuk melakukan perkara baik itu.
  3. Bagi pasangan yang ingin berkahwin, pasti akan terlintas difikiran kalian akan ujian-ujian dalam rumahtangga. Ya, sudah tentu ada ujiannya yang bakal dihadapi. Jangan Fikir Masalah, tp Fikir Cara Mengatasi Masalah. Agama dijadikan panduan, Rasulullah menjadi tauladan & ikutan.


Realiti hidup : Renungan Buat Pasangan

Posted by Khalil Khusory Zainol 12:58 AM, under | 6 comments




Kisah yang akan diceritakan ini adalah pengalaman saya sendiri. Moga dapat mengambil manfaat daripadanya.

    Saya bertolak ke tempat kerja di Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Imam An-Nawawi (MATIN) sekitar jam 7.15 pagi. Dalam perjalanan, saya ternampak satu pasangan ini, menaiki basikal, kadangkala bertembung di Kubang Gajah, atau Jejawi. Kali pertama bertembung ok lagi,kali ke-2 dan seterusnya saya tertanya-tanya, dari mana datangnya pasangan tersebut dan nak ke mana? hampir setiap hari. Si suami mengayuh, Si isteri di belakang.

    Ditakdirkan saya bertembung lagi dengan pasangan tersebut, dalam perjalanan ke arau, 11 April 2012, sekitar jam 8 malam,  Si suami sedang menuntun basikalnya menaiki jambatan kereta api di Batas Liku, dengan Si isteri masih duduk dibelakang. Terdetik dihati untuk follow pasangan nie. Saya terus ikut mereka dari belakang.

   Mereka berhenti di sebuah gerai makan. Saya turut singgah, dan order makan walaupun perut tak lapar,sambil perhati pasangan ini, tak jauh dari meja mereka. Pasangan ini memesan air sejuk kosong dan air milo. Bila tauke kedai tanya 'nak makan apa?' , mereka nampak seperti berfikir, dan hanya memesan minuman sahaja.

   Pesanan makanan saya sampai,melalui meja pasangan tersebut. kata si suami, '' Abg teringin nak makan kuew teaw''.

   Selesai makan, saya bergerak ke meja pasangan tersebut,dan minta izin untuk duduk disitu. Berlaku perbualan antara kami.

   Si suami kerja di syarikat Idaman, yang setiap hari kerjanya mengutip sampah. Isterinya kerja jaga parking di kangar. Sewa rumah Rm150 sebulan. Mereka telah berkahwin setahun yang lalu, masih tak mempunyai anak. Upah si isteri pada hari itu hanyalah Rm51, upah tak menentu, bergantung pada jumlah motor yang parking.

   Yang menariknya, si suami memanggil isterinya 'Sayang' :) . Si suami berkata, mungkin x ada yang sanggup naik basikal berdua dari Arau ke Kangar sejauh 9 KM setiap hari, redah hujan panas.

Saya panggil tauke gerai makan untuk ambil order makanan pasangan tersebut. Nampak si isteri terkejut. Bila saya kata nak belanja,nampak mereka malu-malu, dan fikir panjang... dan order jugak :) Saya tinggalkan mereka sambil mereka nikmati makan malam.

Realiti Hidup : Renungan Buat Pasangan ...

Yang bakal berkahwin dan Yang Telah Berkahwin.

Sanggupkah kalian ambil prinsip ' Hidup Susah Senang Bersama' ?

Pengorbanan si suami yang sanggup naik basikal bersama isterinya setiap hari sejauh 9 KM, dengan kata lain sanggup bersusah-payah demi mencari rezeki yang halal.

Buat Suami

Adakah....
  • Anda sanggup bekerja keras mencari rezeki halal untuk keluarga?
  • Anda berusaha menaik taraf hidup keluarga anda?
  • Anda masih lagi mengekalkan kemesraan seperti mula-mula kahwin?
  • Anda berusaha memberi 'makanan ruh' kepada keluarga anda?seperti berjemaah bersama, membaca al-Quran dan lain-lain?
  • Anda menjaga perasaan isteri? atau membiarkan isteri susah hati tanpa melakukan sesuatu seperti memujuk dan lain-lain?
Buat Isteri

Adakah...

  • Anda sanggup bersama suami walaupun hidup susah?
  • Anda menghiburkan hati suami ketika suami penat pulang dari bekerja?
  • Anda sanggup menerima suami anda seadanya?
MUHASABAH DIRI

''Ya Allah, jadikanlah aku orang yang kaya serta beriman agar dapat menolong orang-orang yang susah.''





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...