21.8.10

Akademi Al-Quran Musim Ke-4 (Final)

Posted by Khalil Khusory Zainol 11:05 AM, under | No comments

Pertandingan akhir Akademi Al-Quran musim ke-4 telah pun melabuhkan tirai pada 6 Ogos 2010 dengan menyaksikan 4 finalis yang sangat mantap mempamerkan persembahan.Diserikan pula dengan penampilan khas dari juara-juara AQ pada musim lalu.

Namun,perjalanan untuk menyaksikan AQ peringkat akhir ini tidak dapat dilupakan.

Kira-kira seminggu sebelum pertandingan akhir berlangsung,pihak Darul Quran telah mengumumkan kepada semua siswa siswi untuk mendapatkan pas masuk percuma.Alhamdulillah,sahabat saya,Basri bin Abd Rashid dengan pantasnya mendapatkan pas masuk di bilik Us.Ibrahim,warden asrama merangkap mursyid AQ-4 bahagian qiraat.

Namun,nasib tidak menyebelahi pelajar yang lain,apabila pas masuk tidak dapat diberikan lagi,sebelum ditulis nama dan memastikan bas dapat disediakan.Alhamdulillah,pihak Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran dapat menyediakan 3 buah bas termasuk bas milik Darul Quran sendiri.

6 Ogos 2010,tarikh yang dinantikan untuk saya menyaksikan sahabat-sahabat seperjuangn ketika di Akademi Al-Quran melakukan persembahan yang terbaik.

Namun,kita hanya merancang,Allah yang menentukan.Sewaktu saya dan 3 orang sahabat yang lain hendak menaiki bas,tempat duduk telah penuh.Kami cuba untuk duduk bersama-sama sahabat yang ehsan memberikan sedikit ruang untuk kami berempat duduk.Datang lah pemandu bas DQ ke dalam bas milik warga india yang kami naiki,lalu menghalau kami keluar dengar kasarnya.Malunya kami dimarahi sedemikian.

Saya hairan,pemandu bas india tersebut langsung tak marah,malah hendak memulakan perjalanan..Kami terpaksa turun dari bas tersebut setelah 2 kali dihalau dan menyaksikan 3 buah bas yang telah ditempah dan telahpun kami jelaskan wang tambang,meninggalkan kami yang terpinga-pinga tidak dapat pergi menyaksikan AQ.

Ikhtiar punya ikhtiar,kami cuba menelefon sahabat yang memiliki kereta untuk ditumpangkan.Namun hampa.

Akhir sekali,kami cuba menghubungi Us.Ibrahim,untuk menumpang keretanya.Us.Ibrahim sebenarnya 50-50 samaada menyaksikan live AQ atau tengok di Tv9 saja.Alhamdulillah,Us.Ibrahim bersetuju menumpangkan kami ke AQ akhir.

Moralnya,janganlah kita mudah berputus asa,yakinlah setiap perkara kebaikan yang ingin anda lakukan,pasti akan mendapat bantuan Allah.Setelah kita berusaha,jangan terus berdiam diri,bertawakallah..Wallahualam

Tahniah kepada peserta-peserta AQ musim ke-4 yang telah berjaya. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...