12.10.12

Tips Kewangan Cara Kami

Posted by Khalil Khusory Zainol 9:03 PM, under | 1 comment

ASSALAMU'ALAIKUM SEMUA

  Kali ni aku nak berkongsi dengan sahabat sekalian tentang pengurusan kewangan selepas kahwin. Moga bermanfaat buat semua yang pasti, jika ada kekurangan harap dimaafkan kerana kami ni bukanlah pakar perancang kewangan atau bidang kewangan.

 Kewangan kita mungkin tidak stabil selepas majlis kenduri diadakan. Maklum lah duit banyak habis untuk majlis tersebut tak kira majlis kecil-kecilan atau besar-besaran. Yang pastinya majlis kami hanya sederhana sahaja, bajet untuk 1000 orang.

 Bila kewangan goyah (sebab duit banyak keluar), sumber kewangan masuk WAJIB kena ikhtiar. Kena ada plan. Mungkin sahabat2 dapat sumber kewangan dari...

  • Ibu Bapa (FAMA)
  • Kerja Tetap
  • Kerja Part Time (bisnes)
  • PTPTN (hangpa bayaq habis ka dak lagi??haha )
  • Dan sebagainya asalkan sumber yang HALAL ok!
  Bagi aku pula, sumber dari kerja di Ma'had Tahfiz al-Quran al-Imam an-Nawawi (MATIN) dengan gaji RM1200 + mengajar mengaji al-Quran RM430.

Pembahagian Kewangan

   Kewangan kami di agihkan kepada beberapa bahagian. Dengan sumber masuk Rm1200 + Rm430, kami agihkan mengikut ''Sampul Duit''

  1. Sampul 10%
  2. Sampul Kereta
  3. Sampul Minyak
  4. Tabung Syiling
Sampul 10%

  Duit Rm1630 (jumlah sumber masuk keseluruhan) akan kami tolak sebanyak 10% untuk dimasukkan ke dalam sampul 10%. Rm1630 x 10% = Rm163

  Apa gunanya duit 10% ni? Duit 10% merupakan simpanan tetap kami untuk masa hadapan. Mungkin kami diuji dengan masalah kewangan ke, apa ke, jd duit yang disimpan Rm163 tiap2 bulan sebagai 'penyelamat' bila gawat.

  Mungkin sahabat semua mempunyai sumber masuk yang lebih banyak, maka boleh lah mula dengan 20% atau 30% dan seterusnya, sebagai SIMPANAN TETAP.

   Untuk pelajar, mungkin dalam sebulan dia simpan rm10 pun ok, sebagai SIMPANAN TETAP.. Dengan kata lain, kalian mesti ada SIMPANAN TETAP dari sekarang (walaupun bujang) =)

Sampul Kereta

   Sejak berkahwin, lebih kurang sebulan lepas kahwin aku ambil keputusan untuk membeli kereta untuk kemudahan kami bergerak ; balik Gerik, p kerja.....

Bayaran bulanan kereta Myvi S.E 1.5 sebanyak Rm646. Jadi, duit yang kami dapat akan masukkan ke dalam sampul kereta, supaya tak terambil atau terguna duit tu.

Mungkin kalian nak buat Sampul bil, Sampul Makan, dan segala mak nenek sampul,terpulang lah..hehe :)

Sampul Minyak

  Sampul minyak ni pun pening jugak, sebab kerap habis dan berkurang. Untuk bulan pertama, kalian boleh buat 'survey' berapa banyak guna duit untuk minyak. Saya anggarkan Rm30 untuk minyak sebulan (kalau p jalan2, lagi banyak guna).

  Jadi kalian kena hadkan penggunaan minyak kenderaan, mungkin RM50 sahaja sebulan atau kurang (ikut kadar penggunaan kenderaan).

Sampul yang kami gunakan



NAK TIPS LAGI, BOLEH DAPATKAN EBOOK DIBAWAH INI OK :)





Tabung Syiling

Kegunaan tabung syiling ialah untuk menyimpan duit syiling lah :) ada syaratnya..

  Bila nak membeli barang ka, shoping ka, pastikan kalian menggunakan Wang Kertas SAHAJA, walaupun nak beli coklat 20 sen, guna wang kertas Rm1.. lebihan duit syiling 80 sen tu, simpan dalam Tabung Syiling.

  Tapi kebanyakkan kita tak suka simpan duit syiling, sebab berat. Kalau berat, simpan dalam tabung lah :). Percayalah, kaedah ni dapat menjimatkan duit kita tanpa kita sedar. Duit syiling ni boleh la simpan untuk anak2 nanti ka,apa ka..terpulang.

Ke mana lagi duit keluar?

Rm100 akan diberikan kepada mak, Rm100 kepada mak mentua dan Rm100 kepada Zaujah :)

Tabung yang digunakan

Proses 'memecahkan' tabung

Jumlahnya hampir RM200, simpanan buat Muqri
Yakin lah, rezeki lepas kahwin juga bergantung kemana kita manfaatkan duit tu, berilah sekadar yang termampu kepada isteri, kedua ibu bapa kandung dan mentua kita. InsyaAllah ada rezeki lain yang datang.

Wassalam.......




Selamat Tinggal Zaman Bujang

Posted by Khalil Khusory Zainol 6:59 PM, under | No comments

Assalamu'alaikum
kepada semua sahabat dan sahabiah sekalian yang sudi jenguk blog yang x seberapa ni.

Ini merupakan post yang pertama tentang mahligai cinta yang telah dibina pada 21 Oktober 2011 bersama zaujah tersayang, Nur Qhaznin Elyani Bt Abd Rahim.



Sudah hampir setahun kami mengharungi bahtera rumahtangga, alhamdulillah Allah telah kurniakan kami rezeki yang merupakan amanah dariNYA untuk kami corakkan.

Tanggal 7 September 2012 Masihi bersamaan 20 Syawal 1433 Hijrah, hari Jumaat yang mulia penghulu segala hari, MUHAMMAD MUQRI KHALILULLAH BIN KHALIL KHUSAIRI (nama panjang berjela :) ) selamat dilahirkan secara normal di Hospital Gerik, Perak

Muqri dilahirkan jam 6.48 pagi dengan berat 2.9 Kg
Pengalaman sepanjang bergelar Suami

   Hidup bermula zaman bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, penuh dengan pengalaman yang tak dapat dilupakan. 22 tahun rasa singkat, sedar-sedar dah jadi suami orang :)

   Masa nak angkat nikah, rasa badan terapung-apung ja, macam pening. Dengan sekali lafaz, aku sah menjadi suami Nur Qhaznin Elyani. Macam tak percaya lak :)

   Lepas jadi suami ni, dari segi kewangan rasa lebih terurus dan tersusun, tak ada rasa nak 'buang duit'. Saya dan zaujah merancang kewangan cara kami lah. Cara kami merancang kewangan boleh baca DI SINI.

  Hati pun rasa tenang bila ada isteri, tak control macho lah lebih kurang.hehe.. contohnya kejadian di C-Mart Arau, masa aku nak bayar di kaunter, duit syiling tiba-tiba 20sen terjatuh, golek sampai kat gerai cool blog. Dengan slumbernya aku kutip tanpa rasa segan+ malu.. Kalau zaman bujang, kira halal lah kot, tak kutip dah :)

Moga Tips Rumahtangga ini dapat membantu =)

  Pengalaman sepanjang bergelar Bapa

Minggu sebelum isteri bersalin, hati memang rasa gelisah dah, saat zaujah berjauhan di Gerik, aku di Arau.

Antara sahabat2 yang komen, beri semangat dan nasihat. Syukran semua :)

   Malam sebelum zaujah bersalin, aku dah buat persediaan. Baju dan barang2 penting yang lain dah siap letak dalam bonet kereta. Jam 2 pagi Mak mentua call, zaujah dah masuk hospital. Aku dengan segera bertolak balik Gerik keseorangan. 2 jam setengah masa untuk sampai. Selalunya 3 jam setengah. Trafik light merah nampak hijau, sebeb tu cepat sampai :)

Hari ke-4 Muqri lihat dunia
   Rasa kecewa tak dapat masuk tengah zaujah bersalin, mak guard tak bagi masuk plak. Selesai solat subuh, 6.48 pagi zaujah selamat melahirkan Muqri. Jam 8 pagi baru lah boleh tengok si comel Muqri, azan iqamah dan tahnik mulut Muqri. Zaujah perlu bermalam di hospital 24jam baru boleh keluar, sebab anak 1st kata doktor, perlu pantauan lagi.

Ummu Muqri dan muqri dah boleh keluar hospital, malam tu bermula lah tugas menjaga Muqri. Jadual tidur Muqri tak menentu lagi, mujur saya dapat cuti kerja seminggu, dapat la tolong zaujah menjaga anak kami yang comel ni =)

Hari ke-3 Muqri kena demam kuning atau jaundice, dari 8 naik 12..ikhtiar guna sengkuang cina, umi minum HiGoat, Alhamdulillah dah normal.


Aku tinggalkan zaujah berpantang di rumahnya sendiri di kuaters imam Masjid Jamek Gerik (ayah mentua imam kat masjid tu). Cadangnya berpantang sebulan di Gerik, dan selebihnya di rumah kami di Arau. Ku sangkakan panas hingga ke petang,rupanya hujan di minggu ke-2. Rasa kekurangan lak, dah ada anak, tapi tak dapat lihat anak tiap2 hari. Minggu ke-2 pujuk zaujah berpantang di Arau.hehe..



Muqri tidur dengan bacaan Syeikh Mahmud Khalil Khusory

Dapatkan Panduan Anak Soleh Di Sini, Moga Bermanfaat Buat Semua =)
 
Sejak dari awal lagi, aku dah serius dengan niat ini, supaya Muqri sangat dekat dengan al-Quran. Sejak dalam kandungan lagi, Muqri dah didedahkan dengan bunyi bacaan al-Quran, hingga lah Muqri dilahirkan. Hingga sekarang 12/10/2012 Muqri tidur tiap2 malam dengan bacaan al-Quran syeikh al-Ghamidi atau Syeikh al-Hasyim ataupun Syeikh Mahmud Khalil Khusory al-Muqri :)

   Abi dia pun baca jugak lah, waktu lapang, kadang2 baca ratib al-imam al-Haddad, supaya dia biasa dengan suasana sebegitu.



Saat Muqri di tahnik di Masjid MATIN

Muqri juga berkongsi kegembiraan bersama abi dan umi, bila di tahnik oleh 2 orang tokoh ini, al-Fadhil Ustaz Nazrul Nasir dan al-Fadhil Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre. Moga suatu hari nanti Muqri akan menjadi seperti mereka juga, ilmu yang dapat disampaikan kepada masyarakat. Sahabat doakan kami ya :)

Setakat itu dulu perkongsian kali ini, insyaAllah nantikan post yang seterusnya. Sahabat sahabiah boleh follow fb saya Di Sini ,sebarang pertanyaan boleh juga email ke seindah_nasyeed@yahoo.com
























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...