28.6.13

Moga Kembali Menyinar

Posted by Khalil Khusory Zainol 12:53 AM, under | No comments


 Jari ni kembali bergerak untuk berkongsi coretan kisah yang insyaAllah boleh diambil pengajaran.



Semuanya Allah telah aturkan buat kita. Aku yang menaip ini kadangkala lupa nikmat yang Allah kurniakan buatku. Seharusnya kita hitung perkara yang kita telah dapat atau telah nikmati, bukannya menghitung perkara yang belum ada atau belum nikmati. Jika kita seperti itu, sudah tentu kita tergolong dalam golongan yang bersyukur.

Kadangkala bila kita diatas, kita lupa suatu hari nanti kita mungkin akan jatuh. Bila sudah jatuh, ada yang putus harap dan tidak semangat, kerana tidak berfikir kehadapan, bahawa dia boleh naik semula.

Bila Hati Disakiti

Bila hati disakiti, apa perlu buat?

Pertamanya, jangan terus memarahi orang yang menyakiti hati kita, tapi sebaliknya lihat lah diri kita, adakah pernah menyakiti hati orang lain?

Sesetengahnya membuat perumpamaan, bila hati disakiti ibarat mengetuk paku di tiang kayu,walaupun dicabut (memaafkan orang tersebut), kesan paku tetap ada.. 

Nampak macam tiada kesudahan..


Jangan sekadar cabut paku,terus biarkan. Cari penyelesaian.
Cuba guna serbuk kayu untuk tampal kesan paku,guna kertas pasir hilangkan parut,
atau
Jadilah TIANG BESI, bukannya TIANG KAYU

0 Maklumbalas:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...