22.9.09

20 SIFAT WAJIB BAGI ALLAH

Posted by Khalil Khusory Zainol 5:33 PM, under | No comments

Pernah seorang hamba Allah bertanyakan bahawa dia ragu-ragu dengan sifat2 Allah. Berikut adalah pelajaran Akidah yang ana belajar semasa semester 2,Darul Quran JAKIM.Semoga dapat manfaat kepada semua

NAFSIAH

Sifat dari dzat itu sendiri,bukan sifat yang menumpang pada dzat kerana sifat ini tidak menunjukkan makna yang menumpang pada diri dzat.Hanya sifat wujud sahaja yang tergolong sebagai sifat nafsiah

1 - WUJUD (ADA)

SALBIAH

Sifat yang menolak atau menafikan sifat-sifat yang tidak layak bagi Allah SWT

2 - QIDAM ( SEDIA )
3 - BAQA’ ( KEKAL )
4 - MUKHA-LAFATUHU LIL HAWADITH ( BERLAINAN DENGAN SEKELIAN MAKHLUK )
5 - QIYAMUHU BINAFSIHI ( BERDIRI DENGAN SENDIRINYA )
6 - WAHDANIAH ( ESA )

MA’ANI

Sifat maujud atau sifat yang berdiri pada dzat Allah

7- QUDRAT ( BERKUASA )
8- IRADAT ( BERKEHENDAK )
9- ILMU ( MENGETAHUI )
10- HAYAT ( HIDUP )
11- SAMA’ ( MENDENGAR )
12- BASAR ( MELIHAT )
13- KALAM ( BERKATA-KATA )


MA’NAWIYAH

Sifat yang menjadi cabang kepada sifat ma’ani iaitu sesuatu perkara yang sabit atau tetap bagi dzat Allah SWT.Sifat ma’ani dan ma’nawiyah tidak terpisah

14- QADIRAN ( SENTIASA BERKUASA )
15- MURIDAN ( SENTIASA BERKEHENDAK )
16- ‘ALIMAN ( SENTIASA MENGETAHUI )
17- HAYYAN ( SENTIASA HIDUP )
18- SAMI’AN ( SENTIASA MENDENGAR )
19- BASIRAN ( SENTIASA MELIHAT )
20- MUTAKALLIMAN ( SENTIASA BERKATA-KATA )

0 Maklumbalas:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...