22.9.09

Perjalanan Hidup : Bidang Al-Quran ( Episod 1 )

Posted by Khalil Khusory Zainol 4:40 PM, under | 1 comment

##Minta perhatian !! artikel ini agak panjang dan mengambil masa anda untuk dihabiskan dan boleh menyebabkan mengantok.Oleh itu,pastikan anda minum 'Kopi Radix' terlebih dahulu untuk memberi kesegaran.Segala pengajaran yang baik,ambil pengajaran,yang buruk jadikan sempadan..wallahualam..

Zaman sekolah rendah

Teringat ketika usia ana 7 tahun (ketika menetap di kuaters Pos Simpang Empat,Perlis),ana telah dihantar untuk belajar membaca Al-Quran di sebuah masjid berdekatan.Dulu guna Muqaddam,atau loghat budak2 dulu panggil ‘Jahma’ (Juz Amma).Ana masih belum mahir lagi masa tu.Kata mak,kami adik-beradik telah dididik untuk baca surah Al-Ikhlas,sehingga boleh hafal.
Setelah naik darjah 2,ana telah berpindah ke Kampung Alor Ara,tinggal bersama-sama tok Tijah selepas Cha’ (Datuk) kembali kerahmatullah.(Al-Fatihah buat Cha’ Ca).Sekolah pun ditukar ke sk. Kubang Gajah (sebelum ni,sk Simpang Empat).Di kampung,ana dihantar mengaji Al-Quran didewan orang ramai (dewan UMNO punya).Ustaz yang mengajar masa tu ialah Tok Long Harif.Ana bersama-sama Abg Mat belajar sekali.Tok Long ajar tegas.Kami semua jadi ‘takut’.Dengar motor dari jauh pun,kecut perut.

Ana jenis lambat belajar dulu.Naik darjah 5,masih belum masuk Al-Quran lagi.Dah tu pula,tak tau nak mengeja ayat Quran,ana tulis ayat ‘versi BM’ kecil-kecil di atas ayat Quran.(senang nak baca).Tapi tak lama,ana terpaksa mula baca IQRA’ .Mula iqra’ 3.Alhamdulillah,darjah 6 dah lancar dan masuk Al-Quran.Perkembangan baik ni,telah dikesan ustazah,ana kena mewakili sekolah dalam tarannum Al-Quran peringkat kawasan pendidikan Arau,bertanding di sk.Pauh.Lagu tarannum berterabur,ana terpaksa mencipta ‘lagu tarannum sendiri’ (dah tak tau bertarannum,nak wat gena?).Antara percaya,realiti,fantasi,’Final Fantasi',ilusi,dan seangkatan dengannya,ana mendapat JOHAN kawasan Arau..Alhamdulillah.Terus wakil ke peringkat negeri,Alhamdulillah dapat no-3.Ok lah tu.Lagu dah la cipta sendiri.Tak tahu apa itu Bayati,nahwand,Rast.Baiti Jannati tau lah.

Zaman sekolah menengah

Minat ana dalam bidang Al-Quran semakin meningkat terutamanya dalam tarannum Al-Quran.Minat semakin tercabar bila Abg Mat Syauqi (abg no-4) masuk tilawah di MADI dan mendapat Johan.Sekolah Menengah Pertama ana di SMK Syed Hassan.Ustaz dah mula ‘mengesan’ ana untuk wakil sekolah dalam tarannum.Tapi rezeki ana di sana tak lama,ana ditukarkan ke SMK Agama Arau (sekolah keturunan keluarga mula dari mak dan 4 orang abang yang lain).Alhamdulillah,dapat sekolah agama.Dalam kelas,arwah ustaz Abu Bakar (Al-Fatihah buat Ustaz Abu Bakar ) mencari bakat-bakat baru dalam bidang Al-quran.
Ana telah diamanahkan untuk mewakili sekolah dalam tarannum mula dari tingkatan 1 lagi (sebelum ni,abg Mat Syauqi yang wakil sekolah,tapi telah ‘dikalahkan’ oleh adiknya sendiri.hehe.)Antara ustaz yang mengajar ana tarannum masa tu ialah ustaz Abdullah Hj Din dan ustaz Dziaudin.Di peringkat zon selatan,ana telah mendapat tempat ke-2.Rasa kecewa juga sebab tak dapat wakil zon selatan,tapi kekecewaan kembali gembira sebab rupa-rupanya Johan dan tempat ke-2 dapat wakil zon masing-masing ke peringkat negeri.Alhamdulillah.Di peringkat negeri,ana mendapat ke-4 (4 orang peserta sahaja) .Alhamdulillah.

Tingkatan 2,ana mencuba nasib sekali lagi.Ujian tarannum peringkat sekolah,ana telah dikalahkan oleh adik Form 1,iaitu adik Yusuf Beseri.Rupa-rupanya,ana dan adik Yusuf pernah bertanding tarannum dahulu masa sekolah rendah.Adik Yusuf mendapat Johan masa tu.Mungkin Allah ingin menghalang agar ana tidak bertambah ego atau bangga dengan kemenangan.Masa ni,ana telah aktif dalam bidang nasyid,dan mewakili kumpulan Munawwar ke Peringkat Kebangsaan

Tingkatan 3,ana berubah angin setelah kewujudan Adik Yusuf.Bukan angin sebab marah,ana mencuba nasib dalam Hafazan Al-Quran (Surah-surah pilihan) ,dan adik Yusuf terus mengharumkan nama sekolah sehingga ke peringkat negeri.Ana hanya mendapat saguhati sahaja.Alhamdulillah,dapat pengalaman.Bukankah pengalaman akan lebih mematangkan kita?Belum cuba belum tau.

Tingkatan 4,ana tetapkan niat,nak aktifkan diri dalam nasyid saja.Namun,Allah lebih mengetahui,ana mendapat satu berita yang sangat menyedihkan,Adik Yusuf telah terlibat dalam kemalangan motosikal yang ditunggangnya.Namun Allah lebih sayangkan Arwah.Arwah adik Yusuf telah kembali kerahmatullah ketika di tingkatan 3.(Al-Fatihah buat Adik Yusuf b. Beseri).Ustaz dan Ustazah meletakkan harapan tinggi kepada ana untuk mewakili semula dalam tarannum Al-Quran.Ana mendengar lagu Hijjaz ‘Kau Sahabat Kau Teman’,



Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Disaat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangimu
Ku pasrah diatas kehendak Yang-ESA


Perjuanganmu Adik Yusuf dalam bidang Al-Quran,akan abang teruskan selama-lamanya selagi nyawa dikandung badan,walaupun kau tiada disisi. Adik Yusuf,berbahagia di alam kekal abadi bersama-sama bidadari Syurga.Amin.


Ketika di tingkatan 4,ana telah mendapat johan peringkat zon selatan,seterusnya ke peringkat negeri Perlis.Saingan ana sangat mencabar dari sebelumnya.Ana telah mendapat tempat ke-2.Johan dimenangi oleh Anas b. Hadi.


Di tingkatan 5,seperti yang diharapkan,ana teruskan dalam tarannum Al-Quran.Ketika itu,perlis ‘dipanaskan’ dengan Akedemi Al-Quran 2.Ana pantang jumpa ‘benda-benda’ macam ni.Sangat mendebarkan bila tengok banyak kamera-kamera canggih dok rakam.Kamera digital ana adalah.Mana layan kamera murah macam ana.Zuhud lah katakana.Cewah..Seramai 6 orang sahaja yang berjaya melepasi tahap pemarkahan,termasuk ana.Alhamdulillah.Walaubagaimanapun,hanya seorang sahaja yang dapat wakil perlis iaitu Anas Hadi,saingan ana dulu.Ana pulang kerumah dengan sijil saja.
Dipendekkan cerita,masa pulang dari sekolah,ana dijejutkan dengan 2 buah kereta versi hijau,lambing TV9-Dekat Di Hati.Siap bawa kamera canggih-canggih lagi.Rupa-rupanya,TV9 datang buat rakaman untuk slot ana sebab Berjaya lepasi tahap pemarkahan.Terpaksa ‘berlakon’ lah,antaranya sapu sampah sambil bertarannum dan menunjukkan skill timbang bola takraw.Ramai jugak budak-budak ‘potong line’,saja lalu belakang ana.biasalah,nak masuk TV.Di sekolah,satu pengumuman dibuat. “kepada saudara Khalil Khusairi Zainol dari kelas 5 Ali,sila datang ke dataran perhimpunan sekarang,kerana pihak TV9 ingin membuat liputan tentang anda (lebih kurang lah ayat ni).Ustazah Naziroh merupakan perangsang ana untuk mencuba.Ustazah pun dapat masuk TV,seterusnya buat rakaman didalam kelas.Tuah ana dapat dikongsi bersama-sama kawan-kawan lain,semua dapat masuk TV.Namun begitu,rakaman di rumah sebelum ni,tak masuk TV pun.Kesian budak-budak nu,kempunan masuk TV.itu lah,’potong line’ sangat.Hehehe…


Perjuangan ana berterusan lagi,ana telah mewakili sekolah dalam Muzakarah Tahsin Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur.Disana,kami dilatih oleh pakar-pakar tarannum Al-Quran,juara kebangsaan dan antarabangsa,antaranya Ustazah fasihah,Ustaz Hj Radhi Kamarul Hailan,Dato’ Hj Faizul dan Uztaz Abd Rahman.Ana manfaat sepenuhnya peluang ini untuk menimba sebanyak mungkin ilmu Tarannum Al-Quran.Peluang ini juga diambil untuk berkenal-kenalan dengan peserta-peserta negeri lain yang kebanyakannya ‘Mantop Tarannum’.Pulang dari Tahsin,ana manfaatkan untuk pertandingan.
Sekali lagi ana dapat mengekekalkan kemenangan di peringkat zon selatan.Zon selatan telah diisytihar sebagai johan keseluruhan setelah kemenangan kepada Zon Utara sebelum ini.Di peringkat negeri perlis,ilmu-ilmu tarannum sebelum ini ana manfaatkan.Alhamdulillah,suatu hajat yang dinanti-nantikan selama ini,Khalil Khusairi Bin Zainol telah mendapat Johan Peringkat Negeri Perlis bagi tahun 2007.Tempat ke-2 dimenangi oleh Zahirul Basri dari SM. Teknik Kangar.
Ana dikendaki menjalani latihan pusat (bukan latihan pusat sakit mental ye) di Kuala Perlis selama seminggu untuk ‘memantopkan’ lagi tarannum ana.Tenaga pengajar ana ialah Ustaz Ismail Hasyim.Peringkat kebangsaan Majlis Tadarus Al-Quran diadakan di Kedah Darul Aman,kira-kira 40 jam perjalanan..eh,40 minit perjalanan.hehe..memang nak tidur pun tak puas.Perlis-Kedah dekat ja.Sekali lagi ana bertemu dengan sahabat-sahabat Tahsin Al-Quran dahulu.Nampaknya,ilmu yang diambil sebelum ni dimanfaatkan sebaik mungkin,Berjaya juga sampai ke peringkat kebangsaan.Namun begitu,ana hanya mendapat saguhati sahaja atau tempat ke-4.Alhamdulillah.Pengalaman MTQ kebangsaan,sangat manis sekali.Ana dan kawan-kawan tarannum sempat ‘merakamkan album’ nasyid di bilik hotel dan dalam lif.Kami sama-sama menunjukkan demo jenis atau gaya bacaan tarannum yang menarik untuk dikongsi.







Zaman Mahasiswa

Ana telah memohon diploma melalui UPU untuk menyambung jihadku ke UDM,UITM,UIA serta mencuba nasib untuk ke institusi Tahfiz yang terkemuka dengan suasana biah solehahnya,iaitu DARUL QURAN JAKIM.Ana telah melepasi saringan pertama iaitu terpilih untuk menjalani ujian temuduga di Maahad Tahfiz Perlis.Mumtahin ana ialah Ustazah Syahidah,turut bersama Ustaz Ahmad Dasuki.Sangat mendebarkan sekali.Ayat surah An-Nur terasa susah sekali.Ana rasa kecewa kerana tak dapat buat yang terbaik ketika ujian.Hanya bertawakkal Pada-NYA.


Tidak lama kemudian,ana telah mendapat tawaran ke Darul Quran JAKIM.Perasaan antara percaya atau tidak.Terus sujud tanda syukur pada ILAHI.Dalam membiasakan diri di Darul Quran,terasa sukar sekali untuk menghafal.Perasaan sedih sebab tak dapat hantar modal 1 maqra’ (lebih kurang 2 muka ½),malu sebab didenda berdiri diluar kelas,tekanan sebab sahabat-sahabat lain jauh meninggal ana dalam hafazan,dan ramai sahabat ‘melarikan diri’ setelah dapat tawaran ke IPT lain.Tulisan al-Quran ana pula menjadi kembang sebab dibasahi dengan air mata.Perasaan bertambah kusut setelah ana mendapat tawaran ke Universiti Darul Iman (UDM) atau dahulu dikenali sebagai KUSZA,dalam Syukbah Dakwah.Ana cuba berkongsi masalah dengan ustaz Hasyim Al-hafiz.

Kata beliau “Enta kena kuat Khalil.Enta perlu tau,suasana biah solehah di Darul Quran susah nak dapat di tempat lain.Berapa ramai sahabat-sahabat enta nak masuk Darul Quran,tapi tak dapat.Kalau enta keluar dengan senangnya,tiada pengambilan pelajar baru untuk menggantikan tempat enta.Jadi,orang yang keluar Darul Quran akan ‘zalim’ kepada sahabat-sahabat yang tak dapat Darul Quran.”.
Ana termenung memikirkannya.
Istikharah dibuat.
Akhirnya,ana nekad untuk terus bermujahadah dibumi barakah Darul Quran,menghafal 30juzuk al-Quran serta mempraktikkan,beramal,serta menyampaikan.Memenuhi tuntutan fardu kifayah sebagai wakil kampung ana yang menghafal al-Quran,serta wakil keluarga ana sendiri.Mudah-mudahan quran yang ana hafal ini akan menjadi syafaat kepada ana sendiri dan keluarga.Amin.


Semester 1 (1-5juz)


Semester 1 sesi 08/11 diberi nama ITQAN.Ustaz tasmi’ ana ialah al-Fadzil Ustaz Syamsul Bahari,terasa Syadid bagi ana.Setiap kali tasmi’,mesti terketar-ketar bila tengok wajah ustaz yang serius dalam kelas.Sambutan Idul Qura’ berlangsung tiap-tiap tahun.Antara pertandingannya ialah hafazan,tarannum,debat,khat,nasyid dan banyak lagi.Ana hanya menumpukan pertandingan nasyid,setelah lihat banyak saingan dalam tarannum,antaranya Mustafa Ali (Ibnu Ali) dan Basri.Johan disandang oleh abg Ogy,Mustafa Ali telah mendapat tempat ke-2.Pelbagai undangan diterima Mustafa,antaranya majlis KONVO,program kesenian dan banyak lagi.
Imtihan syafawi al-Quran terasa sukar sekali,sebab kurang persiapan.Maklumlah,muqarrar sem 1 ana,seminggu sebelum imtihan,baru dapat habiskan 5juz al-Quran.Nak study madah (subjek) lain lagi.Keputusan Imtihan ana bagi Syafawi dan Tahriri al-Quran,sangat mengecewakan.Terpaksa Dur Thani (repeat).


Semester 2 (6-10juz)


Semester yang pendek masanya.Perjuangan diteruskan sehingga Imtihan.kali ini,madah al-Quran tahriri terpaksa repeat lagi.Syafawi selamat.Ketika ini,ana sempat menyumbangkan suara dalam album Gemersik Huffaz – Variasi zikir dan selawat bersama-sama abang semester 6.Ustaz tasmi’ dapat tahu,ana terus dimarahinya sebab aktif sangat sehingga tak dapat fokus al-Quran.



Semester 3 (11-15juz)


Semester ini,ana banyak terlibat dengan pelbagai program Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ) sebagai koordinator program.Suatu hari,ana bersama Mustafa dan Basri serta 2 pelajar Persijilan mencuba nasib dalam ujian saringan Tilawah al-Quran peringkat Ulu Selangor.Pertandingan berlangsung di Pejabat Agama.Begitu ramai sekali peserta yang terlibat.Keputusan pertandingan tidak disangka,ana mendapat Johan,no 2-Mustafa Ali dan no. 3-seorang pakcik (ana tak pasti nama beliau).
Johan,Tempat ke-2 dan ke-3 layak untuk mewakili Ulu Selangor ke peringkat Daerah.Ana dan Mustafa mendapat status bermastautin tetap di negeri Selangor,sebagai syarat untuk ke peringkat daerah.Peserta lelaki hanya 4 orang (termasuk Johan Menunggu),dan peserta perempuan hanya 3 orang.Keputusannya,Johan disandang oleh us. Mustafa Sidin (Imam masjid Shah Alam,Johan menunggu),tempat ke-2 disandang oleh ana sendiri,dan tempat ke-3 Mustafa Ali.Ana bersyukur atas kejayaan ini.Permintaan untuk ana memulakan majlis dengan mengalunkan ayat suci al-Quran bertambah.Antara programnya,ceramah Isra’ Mikraj dan seminar pemantapan hafazan.


Tawaran Istimewa


Majlis KONVO kali ini,ana diberi tawaran untuk mempersembahkan bacaan bagi sesi petang.Sesi pagi dipersembahkan oleh adik Muhammad,johan 30juz majlis menghafal al-Quran.Suatu hari dalam kelas tasmi’ ketika ibadah puasa Ramadan 1430H dijalani,ana mendapat panggilan dari pihak Jabatan Agama Islam Selangor,untuk memenuhi undangan dalam Majlis Berbuka Puasa Sultan Selangor Bersama Rakyat.Pergh,siapa yang tak nak majlis hebat macam ni.Rasa bertuah dapat baca depan Sultan,MB dan Exco-exco Selangor yang lain.







Selang seminggu kemudian,ana mendapat tawaran dari pihak KARANGKRAF dalam program memberi sumbangan kepada anak-anak yatim.Ana menerima dengan hati terbuka,walaupun tekak rasa kering.Maklumlah,bulan puasa.Majlis yang disangka ‘biasa’,rupa-rupanya dihadiri oleh artis-artis pelakon dan penyanyi.Antaranya yang ana kenal, Farid Kamil dan Lisa Surihani.Meja santapan ana disertai oleh Abg Suhaimi (ex-Inteam),zaujahnya kak Ina Naim serta anaknya.Turut bersama ketua editor karangkraf.Sempat ana bergambar dengan keluarga Abg Suhaimi...BERSAMBUNG...

1 Maklumbalas:

Alhamduliilah..smoga nta tabah dalm berjuang meneruskn jihad nta dlm bidang hafazan...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...