27.7.10

Menuju Ke Haramain

Posted by Khalil Khusory Zainol 11:07 PM, under | No comments

Alhamdulillah.Setelah sekian lama tidak update artikel terbaru.Untuk kali ini,saya mengambil kesempatan untuk berkongsi pengalaman sepanjang perjalanan menuju ke HARAMAIN,suatu tempat yang suci dan bersejarah.Saya cuba ringkaskan perkongsian ini.Jika terdapat ayat-ayat yang sukar difahami,harap dimaafkan.

Saya memetik satu hadis berkaitan Haramain (Mekah dan Madinah)


Daripada Abu Hurairah,Rasulullah s.a.w bersabda : '' Tidak digalakkan mengembara melainkan ke 3 buah masjid iaitu Masjid Al-Haram,Masjidku (Masjid Madinah) dan Masjid Al-Aqsa (Baitul Maqdis).

Muttafaqun 'alaih

Masjidil Haram di Mekah Al-Mukarramah


Masjid Nabawi di Madinah
                      




Masjid Al-Aqsa di Palestin



Dari Kuala Lumpur Ke Karachi 

11 APRIL 2010



Seramai 21 orang siswa Darul Quran JAKIM berkumpul di KLIA seawal jam 9 pagi.Taklimat diberi oleh pihak travel kami iaitu Umrah for all sdn.bhd.                                                                


Abg Asyraf yg peramah menguruskan perjalanan kami


Pengalaman pertama kali saya menaiki kapal terbang,macam-macam datang.Malam-malam sebelumnya,ada mimpi kapal terbang terhempas,main-main awan..hehe


untung tempat duduk tepi tingkap :)


Saya meninggalkan Kuala Lumpur menuju ke Karachi pada jam 1 tengah hari dengan menaiki Pakistan International Airline (PIA).Selamat tinggal 1Malaysia !!! :)

Masjid Nabawi

Perasaan ketika pesawat terbang,agak suspen.kepala mula pening.Tapi sempat lagi bergambar.Nasib baik dapat seat tepi tingkap.

Tiba di Karachi,kami transit selama lebih kurang 2 jam.Suasana di Airport Karachi biasa saja,cumanya kemudahan WIFI dan tempat cas Hp disediakan secara PERCUMA.Wah,kalau di KLIA,disediakan @ tak ??


Hanzalah sempat bergambar bersama kemudahan wifi yg disediakan


Saya sempat bergambar dengan mamat Pakistan.Diorang ni tahu sikit-sikit cakap melayu.Rasanya,yang selalu datang jual karpet dari rumah ke rumah,diorang lah.hehe..


Bersama abang2 pakistan karpet.mcm hero hindustan lak

Dari Karachi ke Jeddah
Perjalanan kami diteruskan.Pramugari Pakistan mula mengedarkan makanan.Nampak macam sudah berumur lah muka pramugari .Muka masam je.Rasanya macam tak cukup tidur semalam kot.

Kami tiba di Jeddah kira-kira jam 9 malam.Terus menaiki bas menuju ke Madinah Al-Munawwarah.Jarak dari Jeddah ke Madinah sejauh Perlis ke Kuala lumpur.Semua Keletihan.’Syahid’ dalam perjalanan Jihad..

12 APRIL 2010

Dari Jeddah ke Madinah


Di airport Jeddah


Sepanjang perjalanan,saya masih belum dapat melelapkan mata.Dalam hati,tak sabar rasanya ingin melihat kiblat umat Islam secara live.Saya menikmati sepuas-puasnya pemandangan sepanjang perjalanan dan seterusnya bersambung menikmatinya dalam mimpi.

Madinah Al-Munawwarah

Hari pertama.

Kami tiba di Bandar Madinah pada waktu subuh.Kelihatan ramai umat Islam berpusu-pusu menuju ke Masjid Nabawi untuk menunaikan solat subuh.Alangkah seronoknya melihat suasana sebegitu di Malaysia.

Suasana subuh ketika itu,sangat sejuk.Sampai menggigil.Ada baju tebal pun masih sejuk.
Kami masih belum dapat masuk bilik hotel lagi,sebab bilik kami masih ada orang.

Subuh di sana lebih kurang jam 4.45 pagi.Kami terus bergerak dari hotel ke Masjid Nabawi kira-kira 200 meter.Masya Allah,suasana solat fardu subuh ketika itu seperti ramainya orang di Malaysia ketika solat sunat Hari Raya. 


suasana malam di Masjid Nabawi



Minum air zam-zam sepuas-puasnya :)
Saya sempat membaca 2 juzuk sambil menunggu waktu siang.Dapat minum air zam-zam sepuas-puasnya.Banyak tong-tong air zam-zam yang disediakan.Alhamdulillah.

Ada seorang (seperti pengawal masjid) bawa kami meninjau suasana dan menunjukkan kawasan maqam Rasulullah dan kawasan Raudhah.’Khusyuk’ mendengar pengawal bercerita.Bajet faham bahasa arab lak.boleh la skit2

Dari pagi sampai tengah hari kami habiskan masa di masjid beriktikaf.

Kami mula check in bilik pada tengah hari.Hotel boleh dikatakan mewah jugak.1 bilik 4 orang.
Masing-masing dapat katil,serta-merta ‘syahid’ sehingga asar.Terus bergerak ke masjid beriktikaf sehingga solat isyak.Saya ingin memanfaatkan sepenuhnya kelebihan dan fadhilat bersolat di masjid Nabawi serta mengutip sebanyak mungkin bekalan pahala.

Hari ke-2 di Madinah


Sebahagian sahabat-sahabat bergerak ke university Madinah kira-kira 9KM dari Masjid Nabawi untuk proses temuduga.Sebahagian lagi keesokan harinya,termasuk saya.Rutin harian seperti biasa..

Malamnya,saya sempat bertalaqi Al-Quran dgn seorang sheikh.Ramai anak muridnya.Saya dipanggil lalu diminta duduk disebelah sheikh tersebut,lalu bertaaruf lah kami.Sebenarnya saya duduk dalam halaqah tersebut untuk bertalaqi,tp selepas memperdengarkan bacaan,sheikh trus suruh saya mengajar pelajarnya yang lain..Asalnya beliau ingat saya dari indonesia,lalu saya nyatakan,ana min malizi sheikh :) .

Seterusnya saya diminta untuk berbuka puasa bersama-sama.


Suasana berbuka puasa (Iftor) di dalam Masjid Nabawi


Pada malamnya,kami bergerak ke bazar waqaf terletak berhampiran Masjid Nabawi.Shoping sakan..

Hari ke-3 di Madinah

Tibalah giliran saya temuduga bersama-sama sahabat lain.Suasana agak berdebu dan angin kuat.

Saya ditemuduga oleh kerani pejabat.Agak kurang syadid berbanding sahabat lain yang ditemuduga oleh Syeikh yang syadid.

Antara soalan-soalan yang ditanya ialah :-

1. Berapa juzuk al-Quran yang dah dihafal ?
2. Siapa nama isteri pertama Rasulullah ?
3. Berapa jarak musafir boleh jama’ solat ?

Antara jawapan yang dijawab

1. 21 juzuk.Kerani suruh baca mana-mana ayat.Dengan gaya bacaan syeikh maqari Mahmud Khalil khusori,saya pun baca maqra’ 2 surah al-Baqarah.hehe
2. Saidatina Khadijah
3. Pada asalnya saya kurang faham sikit soalan.Cakap laju susah nak faham.Sampai kerani tersebut terpaksa buat gaya (macam cakap dengan orang bisu) nak bagi faham.jawapan 92KM.

Akhirnya,kerani suruh bertawakal banyak-banyak.

Selesai temuduga,kami terus menuju ke pameran buku.Banyak kitab-kitab yang dijual.Kalau nk mencari kitab yang dikehendaki,perlu mengambil masa yang panjang untuk mencari,sebab banyak kitab yang hampir sama kulit luarannya,dengan tulisan khat pada kulit kitab perlu diperhatikan betul-betul.


suasana kilang mencetak Al-Quran yg x sempat saya lawati


Kami menunaikan fardu zohor di masjid berdekatan.

Selesai solat,kami dibawa ziarah ke tempat-tempat bersejarah yang ada di bumi Madinah.

Antaranya :

1. Masjid Quba
2. Bukit Uhud
3. Maqam Para syuhada’ ketika perang Uhud
4. Masjid Qiblatain

Kami pulang sebelum asar,untuk mendapat fadhilat menunaikan solat di Masjid Nabawi.Selesai menunaikan asar,saya mengambil kesempatan menziarahi Perkuburan Baqi yang terletak berhampiran dengan Masjid Nabawi.
Suasana sekitarnya sungguh luas.Kelihatan proses pengurusan jenazah sedang dijalankan.


Suasana di Perkuburan Baqi'



Di hadapan Maqam Rasulullah


Begitu lah serba sedikit perkongsian saya sepanjang berada di Madinah Al-Munawwarah.
Nantikan perkongsian cerita ketika berada di Masjidil Haram yang menarik.,KISAH BENAR.. Antaranya... :

hehe..nantikanlah yerrr..


dari kiri : Fariduddin,khalil,basri

0 Maklumbalas:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...